Ticker

6/recent/ticker-posts

Lirik Lagu Kaulah Syurga - Khai Bahar ft Lia Aziz OST 7 Hari Mencintaiku 3

Lirik Lagu Kaulah Syurga - Khai Bahar ft Lia Aziz OST 7 Hari Mencintaiku 3 | 7 Hari Mencintaiku adalah salah satu drama yang menjadi fenomena di Malaysia. Sedar tak sedar dah nak masuk musim yang ketiga. Tak sabar rasanya nak  tengok drama nih. Apalah yang akan jadi untuk musim kali nih kan. 

Sekarang nih kita bukan nak cakap pasal jalan cerita tapi nak kongsi tentang lagu OST untuk drama 7 Hari Mencintaiku 3. Musim pertama kita ada Dayang Nurfaizah, musim kedua Dato Siti Nurhaliza dan kali ini kita akan didendangkan dengan lagu Kaulah Syurga dari Khai Bahar dan Lia Aziz yang merupakan peserta Big Stage musim ke 4.

Tajuk Lagu : Kaulah Syurga
Artis : Khai Bahar, Lia Aziz
Lirik : Siti Rosmizah
Komposer : Asfan Shah

Credit to Instagram Khai Bahar & Lia Aziz

Lirik Lagu Kaulah Syurga - Khai Bahar ft Lia Aziz

Kau Yang Pertama
Dan Yang Terakhir
Kekal Bersemi Dihati Ini
Takkan Goyah Cinta Aku Ini
Tetap Utuh Untukmu

Kau Syurgaku Oh Arjuna
Kasih Padamu Tiada Ujungnya
Walau Gelora Badai Melanda
Ku Kan Setia Selamanya

Kita Ditakdirkan Bersama 
Pimpin Tangan Menuju Syurga
Tuhan Satukan Cinta Kami
Hingga Ke Akhir Nafas Ini

Jika Terpisah Di Dunia
Cinta Abadi Buat Selamanya
Sayang Hingga Ke Hujung Nyawa
Kaulah Dambaan Cinta 

Oh Kaulah Syurga

Kau Bidadariku Oh Juwita
Penawar Duka Hati Yang Lawa
Andai Terpisah Jiwa Dan Raga
Hati Ini Kan Merana

Kita Ditakdirkan Bersama 
Pimpin Tangan Menuju Syurga
Tuhan Satukan Cinta Kami
Hingga Ke Akhir Nafas Ini

Jika Terpisah Di Dunia
Cinta Abadi Buat Selamanya
Sayang Hingga Ke Hujung Nyawa
Kaulah Dambaan Cinta 

Jika Terpisah Di Dunia
Cinta Abadi Buat Selamanya
Sayang Hingga Ke Hujung Nyawa
Kaulah Dambaan Cinta 

Kaulah Syurga

Oh Sayang Kaulah Syurga

Lepas dengar lagu nih rasa makin tak sabar nak tengok 7 Hari Mencintaiku 3 nih. Best lagu OST dia. So far untuk ketiga tiga musim lagu OST terbaik. Macam manalah agaknya jalan cerita untuk musim terbaru nih kan. Harapnya best jugaklah sebab kalau tak best memang spoil la haha. 

Post a Comment

0 Comments