Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Pergi Bazaar Ramadhan Tanah Merah Kelantan Tahun 2022

Pengalaman Pergi Bazaar Ramadhan Tanah Merah Kelantan | Hai Sep awok! Hari nih aku nak share pengalaman aku pergi bazaar Ramadhan dekat Tanah Merah beberapa hari yang lepas. Asalnya nak pergi dengan kawan tapi dia busy ada kerja. So, aku terjah dulu sorang sorang tengok macam mana dia punya bazaar ok ke tak.

Bazaar Ramadhan Tanah Merah nih jarak dia lebih kurang 30 minit dari rumah aku. Nak kata jauh tuh takdelah jauh mana pun tapi kena pergi awal sebab takut nanti ramai orang sangat susah nak parking. Aku sampai sana dalam jam 5 Petang. Kira oklah kan awal pun tak lewat pun tak. Parking pun cun jer senang. Syukur!


Sebelum nih aku tak pernah jejakkan kaki dekat bazaar ramadhan tanah merah nih. Expectation aku agak tinggi jugaklah sebenarnya tapi bila sampai rasa kecewa sikit sebab walau pun dah jam 5 petang ada kedai baru nak buka pastuh ada beberapa kedai tutup. 


Pilihan makanan pulak bagi aku tak banyak sangat dekat bazaar tanah merah nih tapi boleh lah kalau korang nak datang cuba sebab makanan yang selalu orang beli time bulan puasa macam nih ada dijual contohnya roti john, kuih muih, beberapa jenis air dan lain lain. Cuma pilihan tuh agak terhad. 

Apa yang aku beli dekat bazaar ramadhan tanah merah nih? Lepas dah pusing bazaar 3 kali, aku berjaya beli kuih buah mulong atau pun onde onde. Aku beli tuh pun sebab jumpa kedai pak cik nih dia buat kuih tuh on the spot. Bukannya yang dah siap bungkus. Kiranya masih fresh lah, Alhamdulillah waktu berbuka onde onde dia boleh dimakan dan sedap bethol. 

Risau jugak beli makanan dekat bazaar nih kan. kadang kadang tuh tak sempat makan berbuka dah basi. Syukur onde onde tuh terbaik. kalau korang datang bolehlah singgah beli. Selain dari tuh aku beli Ayam masak pedas, oden dan juga Air Asam boi epal. 

Itu je la pengalaman aku dekat bazaar ramadhan tanah merah nih. Lepas nih rasanya kalau nak drive 30 minit semata mata nak datang sini memang idoklah melainkan kalau aku duduk dekat. 

Post a Comment

0 Comments