Ticker

6/recent/ticker-posts

Mulakan Tahun Baru 2022 Dengan Masalah Aircond Kereta Tak Sejuk

Mulakan  Tahun Baru 2022 Dengan Masalah Aircond Kereta Tak Sejuk | The last thing yang aku nak hadap time awal tahun macam nih adalah masalah kereta sebab setiap kali rosak mesti benda yang rosak tuh akan merebak ke benda lain sampai melayang duit beratus ringgit. 

Kau bayangkan aritu aku pergi bengkel kereta sebab nak tukar mounting absorber jer tapi sekali dengan steering rack pun ada masalah jugak. Duit macam air keluar sebab nak baiki semua tuh. Kali nih tiba tiba aircond pulak yang merajuk. 

Bila aku turn on aircond, kipas tak berpusing. Nak assume kata gas tak ada macam tak logik sebab baru je tambah gas pertengahan tahun lepas. Kalau buat assumption sendiri sampai bila bila pun tak setel. Jadi, arini aku decided untuk pergi bengkel and check apa masalahnya. 


Bila dorang check rupa rupanya gas tak ada langsung, patut la kipas pun tak berpusing. Confirmed la ada bocor kat mana mana tapi bila dia check guna alat apa ntah tak detect pulak. Lepas tuh dia cakap masa masukkan gas tuh tak ada gas berkurang pun. Mungkin sebab bocor tuh sikit sangat sampai takleh nak detect. 

Isi gas aircond kereta di kereta

Ada je cara lain yang boleh digunakan untuk detect masalah tuh tapi aku decided untuk tambah jer gas macam biasa and tengok berapa lama dia akan bertahan. Kalau cepat sangat gas habis baru aku akan hantar bengkel sekali lagi untuk check dengan lebih details. 

Post a Comment

0 Comments