Ticker

6/recent/ticker-posts

Korang ada Senarai Azam Tahun Baru 2022 Tak?

Korang ada Senarai Azam Tahun Baru 2022 Tak? | Bila hujung tahun jer mesti ramai yang tengah perah otak buat senarai azam tahun baru. Samalah juga dengan sekarang ini, mesti ada di antara kita yang tengah buat senarai tahun baru 2022. Aku pun buat benda yang sama tapi agak kecewa sebab ada beberapa azam aku tak dapat direalisasikan pun.

Senarai Azam Tahun baru

Azam aku nak kurus sampai sekarang masih tak tercapai guys. Tuh belum lagi termasuk dengan azam azam yang lain. Pada korang yang masih mengekalkan tradisi setiap tahun mesti berazam, korang teruskan apa yang korang buat dan aku doakan semoga azam korang tuh dapat dicapai dengan jayanya. 

Awalnya aku malas nak fikir pasal azam nih. Rasanya tahun 2021 pun aku tak buat entry pasal azam tahun baru. Jadi, untuk tahun 2022 aku nak senaraikan beberapa azam yang aku nak cuba capai tapi kena set kan dalam kepala awal awal kalau tak tercapai pun tak apa yang penting kita ada usaha ke arah itu haha. 

Senarai Azam Tahun Baru 2022 

1. Nak buat lebih banyak entry atau artikel untuk blog luqman zakaria dan blog arepnakbebel.
2. Lebih rajin buat video dekat youtube.
3. Dapatkan lebih banyak income dari tahun tahun sebelum ini.
4. Cuba untuk tidur awal.
5. Lebih rajin kemas bilik.
6. Nak makan sayur.
7. Jadi lebih confident dengan diri sendiri
8. Kawal emosi *macam susah jer hahahaa.

Kalau diikutkan ada banyak lagi guys tapi aku share lapan jer sebab belum tentu semua nih dapat direalisasikan hehe tapi aku cuba. Apa pulak azam tahun baru korang? cuba share sikit tapi jangan bagi senarai azam tahun baru yang popular dikalangan rakyat Malaysia kita macam nak kurus, nak kahwin tuh! bagi yang rare sikit haha.

Apa pun aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk korang semua yang sudi datang singgah blog arepnakbebel nih. InsyaAllah nanti aku share banyak lagi entry. Kalau blog arepnakbebel nih kita santai santai jer. Semua benda aku citer ok. 

Antara yang menarik :

Post a Comment

0 Comments