Dah Boleh Rentas Negeri bermula 11 Oktober 2021 Nak Pergi Mana?

tarikh rentas daerah 2021, bila boleh rentas negeri, dah boleh rentas negeri ke,
Dah Boleh Rentas Negeri bermula 11 Oktober 2021 Nak Pergi Mana? | Buat masa sekarang nih aku tak rasa macam nak rentas keluar dari negeri. Alhamdulillah sebab aku memang tinggal dekat kampung dengan mak aku. Maybe sebab tuh aku tak rasa nak pergi mana mana.

Tapi untuk korang yang tinggal diperantauan for sure lah nak balik kampung. Nak jumpa family yang dah lama gila tak jumpa kan. Aku doakan semoga urusan korang dipermudahkan tapi apa pun kita tak boleh nak seronok sangat sebab still kena jaga diri baik baik. 

Rentas Daerah Dibenarkan 11 Oktober 2021

Kalau sebelum balik tuh rasa tak sedap badan or rasa macam sesuatu make sure korang pergilah buat check up dulu supaya dapat elak benda yang tak sepatutnya berlaku. Siapa jer yang nak kena penyakit betul tak? tapi sekurang kurangnya kita ambil precaution. ha gituh! Rasa macam serious sangat entry nih. Macam nasihat anak anak murid supaya behave dalam kelas lol.

Kita nasihat sebab kita sayang. muah ciked! hahaaha.

Yang mana tak lengkap vaksinasi lagi tuh korang bersabar jer dulu ya. Nanti dah lengkap bolehlah rentas. Korang yang tak vaksin pulak. entah la nak, nak komen lebih lebih pun aku tak reti. Pilihan di tangan masing masing. Kalau rasa itu yang terbaik untuk korang go ahead tapi kena respect jugalah pilihan yang dibuat oleh orang yang dah vaksin. tuh jer. 

Sejujurnya aku happy jer tapi pada masa yang sama tetap jugak risau. Marilah kita semua doa semuanya baik baik sahaja. Aku harap bila dah boleh rentas nih kes covid masih dalam keadaan terkawal dan tidak akan berlaku seperti sebelum ini. Doa yang baik baik sahaja kan.
LihatTutupKomentar