Ticker

6/recent/ticker-posts

Nak Makan Ayam tapi Nak Cepat! Try la Spicy Salted Egg Chick and Go!

Nak Makan Ayam tapi Nak Cepat! Try la Spicy Salted Egg Chick and Go! | As promised dalam entry Cheezilla Double Down, Aku akan share pasal Spicy Salted Egg Chick and Go pulak dengan korang semua. 

Kalau makan goreng yang biasa tuh kan selalunya agak leceh la sebab dengan tulang apa semua kan. Kang kalau makan laju laju nanti ada pulak yang masuk berita orang tercekik tulang ayam. Risau kadang kadang. 

Spicy Salted Egg Chick and Go

Jadi, korang beli je la Spicy Salted Egg Chick and Go nih. Dia bagi korang isi ayam jer. Senang nak makan. Rasa Spicy dia  boleh tahan jugaklah, Pastuh Salted Egg memang kaw ya. Aku punya experience, makan time petang tapi sendawa waktu malam masih bau salted egg dia hahaha. Macam tak senonoh kan tapi camtuh la citer dia.

Spicy Salted Egg Chick and Go

Spicy Salted Egg Chick and Go

Pada pendapat aku, rasa dia sedap jugaklah sebab pedas! Tapi ada jugaklah aku terbaca komen komen orang cakap sedap tapi masin la. Rasa tak konsisten la. pergi outlet lain rasa tak sama. Entahlah nak, bagi aku ok jer. Kena jer dengan tekak marhaen aku nih. 

Korang boleh baca sini untuk feedback orang yang dah pernah try : (8) Watch | Facebook

Satu lagi, aku tak tahu sejak bila dia wujud. Waktu nak beli Cheezilla Double Down tuh aku nampak kat kaunter tulis baharu jadi aku pun belilah untuk share dengan korang. gituh!! sweet tak aku guys? 

Mesti korang nak tahu pasal harga kan. Oklah aku share jangan risau. Satu Spicy Salted egg Chick and Go macam dalam gambar tuh harga dia RM5.49. 

Spicy Salted Egg Chick and Go

Itulah harga dia. Apa pendapat korang pasal harga tuh? Tinggalkan apa yang terbuku dalam hati di bahagian komen ya. Kita jumpa lagi dalam entry akan datang. Aku akan cuba untuk update banyak lagi entry lepas nih. Harapnya bertahan lama la ya. kihkihkih.

Post a Comment

0 Comments