Ticker

6/recent/ticker-posts

Cheezilla Double Down Ada Cheese Mozarella Pulak dah!

Cheezilla Double Down Ada Cheese Mozarella Pulak dah! | Mana peminat KFC Double Down? Put your hands up in the air please! Aku nak share pasal KFC Double Down nih dengan korang semua. Kalau korang tak ada buat apa tuh marilah baca entry aku nih.

Kalau tak silap akulah kan, sebelum nih KFC pernah jer keluarkan Double Down tapi kali nih dia tambah mozarella pulak. Terpaksalah aku beli sebab nak try. Pandai eh KFC bikin aku terpedaya dengan janji janji manismu. 

Tapi serious aku cakap, KFC Cheezilla Double Down nih bukan sekadar janji manis je ya sebab kalau korang beli memang tak akan menyesal. 

KFC Cheezilla Double Down Baharu

Korang tengoklah mozarella cheese kat tengah tuh. Memang penuh ya dia letak. Pastuh isi ayam pun boleh tahan besar jugak guys. Confirm kalau makan korang akan kenyang lama. Aku yang fluffy nih pun rasa kenyang bila makan. Apatah lagi orang yang makan tak banyak. Boleh makan dua kali aku rasa.

KFC Cheezilla Double Down Baharu

KFC Cheezilla Double Down Baharu

Kalau makan time panas panas for sure boleh tarik panjang lagi. Aku tak tahu motif nak tarik panjang2 tuh untuk apa. Untuk kepuasan lah kot ya. haha. Sekarang kita cakap pasal harga pulak sebab korang boleh beli secara ala carte and ada jugak combo. Meh aku share share info pasal tuh.

Harga KFC Cheezilla Double Down 

1. Cheezilla Double Down Ala Carte RM18.99

2. Cheezilla Double Down Box Meal (A) - RM22.49
  • 1x Cheezilla Double Down
  • 1x Fries
  • 1x Pepsi 
3. Cheezilla Double Down Combo (B) - RM24.99
  • 1x Cheezilla Double Down
  • 1pc x Ayam
  • 1x Whipped Potato
  • 1x Pepsi

KFC Cheezilla Double Down

Dah boleh terjah dah tuh guys. Aku dah share harga sekali untuk memudahkan korang. Yang tak makan banyak tuh aku cadangkan tong tong je la barulah sama sama kenyang sama sama jimat haha. Nanti Aku share pasal Spicy Salted Egg Chick and Go pulak ok! 

Post a Comment

1 Comments