Part 2 Pasal Drama Takdir Yang Tertulis | SPOILER ALERT EP5 Hingga EP9
Drama Takdir Yang Tertulis Buat Aku Panas Hati | SPOILER ALERT EP1 hingga EP4, Tonton episod 1 hingga akhir Takdir Yang Tertulis, Episod penuh TYT
Part 2 Pasal Drama Takdir Yang Tertulis | SPOILER ALERT EP5 Hingga EP9 | Tarik nafas semua warganet sekalian sebab hari ini aku nak share pasal drama Takdir Yang Tertulis.
Dalam episod 4 terbongkar yang rupa rupanya mika tuh anak si Azlan dengan Ruhila. Celah mana pulak mika tuh boleh jadi anak dorang berdua? Juwita tak tahu ke? Dia punya plot twist tuh aku pun tak boleh nak brain.
Nak dijadikan cerita, mika tuh sah anak si Ruhila tapi kekdahnya dia meroyan tak nak anak tuh. Maknya si Ruhila pulak 2x5 perangai macam apa entah. Nak dibuangnya anak tuh dekat surau dengan harapan ada orang yang akan amik.
Tapi si Azlan nih masih lagi berperikemanusian masa tuh, menangis nangis amek semula anak yang dia letak dekat surau tuh bawa balik rumah dia dengan juwita. Masa tuh kononnya juwita tak ada kat rumah tapi eh tiba tiba muncul sebab baru balik outstation ke apa aku tak ingat.
Fast forward, juwita tersuka pulak dengan budak tuh and jadikan budak tuh sebagai anak dia. Barulah aku paham. Beberapa lama lepas tuh Juwita terserempak dengan si Ruhila dekat cafe and dorang lepak lepak and ternampaklah Mika (masa nih mika dah besar sikit) dia tahu yang mika tuh sebenarnya anak dia lepas tengok patung bear yang dia letakkan bersama mika masa dulu.
Masa tuh barulah menyesal la nak tebus kesalahan apa la, jadilah si Ruhila nih PA kepada Juwita termasuklah uruskan Mika. Sebab tuh la masa awal awal cerita si Ruhila nih kerja dia hantar mika pergi balik sekolah bagai. Aku naik pelik jugak kenapa tiba tiba kawan yang nak kena hantar anak kau pergi sekolah haha.
Episod 4 sampai 9 nih macam macam jadi sampaikan semuanya dah terbongkar. Dalam episod episod nihlah tahap kebencian korang akan tercipta dengan lebih mendalam terhadap Ruhila dan Azlan. Maknya Ruhila dan Ruzita pulak memang dari awal perangai macam hauk.
Kesian si Juwita tuh sampaikan harta sendiri pun kena rampas. Punyalah nak kan harta orang sampai macam tuh sekali, yang paling over mak si Ruhila tuh la. Geram pulak aku rasa nak hempuk jer.
Dalam keadaan yang tengah serabut macam nih muncullah si Ean yang dulunya pernah jadi kekasih Ruhila masa zaman belajar. Kemunculan si Ean nih somehow untuk tolong Juwita la kiranya. Dia bagi tempat untuk Juwita tinggal dan jadi lawyer untuk uruskan pasal kes mika.
Dan yang paling pengejutkan waktu waktu nih jugaklah kita sebagai penonton dapat tahu yang mika tuh sebenarnya bukan anak Ruhila dengan Azlan tapi anak kepada Ruhila dengan Ean. Ya Ampun makin pening aku.
Rupanya dorang pernah terlanjur dulu and nak dijadikan cerita Ruhila pregnant. Makin menariklah cerita nih sebab bila mika tuh anak Ean, dia bukan lagi uruskan kes mika untuk Juwita tapi untuk dia jugak. faham tak maksud aku? Hak penjagaan tuh mesti Ean pun akan pertahankan betul tak?
Entah la labu..
Nanti kita tunggu sambungan, Aku kemain tunggu nak tengok episod 10 tapi rupanya Takdir Yang Tertulis sampai hari Khamis jer. Maka dengan itu kena tunggu hari isnin la ya. hehe.