Ticker

6/recent/ticker-posts

Beli Mangkuk Kaca Murah MyCookingStory | Harga Tak Boleh Bawak Bincang Nanti Gaduh!

Beli Mangkuk Kaca Murah | Harga Tak Boleh Bawak Bincang Nanti Gaduh! | Hai warganet sekalian. Korang buat apa tuh? Tengah layan drama TV3 ke? Dah dah la tuh, berhenti kejap! kita sembang pasal mangkuk pulak. 

Nak dipendekkan cerita, hari tuh aku layan Live Abang Brian dengan Bebelan Cik Min yang letops dekat Facebook. Lepas tuh terpengaruh dengan dorang sampai terbeli satu set mangkuk yang murah gila. Orang  kata kalau tak beli terus nanti tak boleh tidur malam mimpi mangkuk.

Sesungguhnya aku tak menyesal langsung beli mangkuk tuh sebab kualiti dia sangat bagus! 

Punyalah panjang membawang, lupa nak cakap beli kat mana. Maaf ya warganet. Aku beli dekat website mycookingstory. Masa Live Abang Brian dan Bebelan Cik Min tuh dorang guna mangkuk mangkuk dari website nih la. 

Jom tengok mangkuk apa yang aku beli.

Kedai beli barang dapur murah

Inilah dia guys, Aku tak tahu la bawah sekali tuh orang panggil mangkuk jugak ke apa tapi apa yang penting tiga barang nih harga ddia bawah RM50. Siapa yang beli time Live tuh dapat harga lagi murah which is RM43 berapa sen entah aku dah lupa.

Kalau korang nak beli sekarang dekat website pun masih ada lagi tapi harga dia RM48 la. Harga promosi lagi tuh kiranya. Baik korang grab sekarang kalau dah habis promo tak dapat la harga macam nih sebab harga asal dia RM200 lebih. Menangis la kau sorang sorang dekat bucu katil nanti nak beli mahal mahal kan.

Website beli barang dapur murah
Website beli barang dapur murah
Website Beli Barang Dapur Online

Nampak tak kegigihan aku photoshoot gambar mangkuk di kawasan pembalakan haha. gurau gurau! Masa nak beli tuh aku tak fikir panjang pun sebab sebelum nih aku pernah beli barang dekat website mycookingstory tuh. 

As i told you guys, kualiti dia bagus! Set yang aku beli nih nama dia Home Cooks Baking Starter Kit. Barang dorang nih macam pisang goreng panas. Lambat sikit jer mesti habis tapi korang tak perlu risaulah sebab dorang selalu jugak buat promo. Kalau tak silap promo Chinese New Masih ada lagi. 

So, Korang terjahlah sendiri ya tengok mana yang berkenan. Aku dah beli dah! Korang bila lagi?

Link Website : www.mycookingstory.my

Post a Comment

0 Comments