Ticker

6/recent/ticker-posts

Lirik lagu Intan Payung - Bunga ft Noraniza Idris

Lirik lagu Intan Payung - Bunga ft Noraniza Idris | Hai warganet sekalian semesta, korang dah dengar ke belum lagu terbaru Bunga? Aku memang jarang dengar lagu dari bunga nih. Rasanya last aku dengar lagu 300 saat kot. 

Kali nih Bunga berkolaborasi dengan Noraniza Idris. Macam menarik jer kan. Macam yang kita tahu Noraniza Idris nih terkenal dengan lagu lagu bergenre irama melayu. Apa yang akan jadi bila berkolaborasi dengan penyanyi rap macam bunga? 

Tajuk Lagu : Intan Payung
Artis : Bunga ft Noraniza Idris
Lirik : Bunga
Komposer : Luka Sickta, Bunga
Warner Music Malaysia

Lagu Baru 2021


Lirik lagu Intan Payung - Bunga ft Noraniza Idris

Ala Payung La Payung Si Intan Payung
Dipandang Rendah Setahun Jagung
Perlahan Dayung Asal Sampai Ke Hujung
Janganlah Sanjung Kaduk Naik Junjung

Terasa Diri Terpinggir Sebab Tak Percaya
Ingin Hidupku Disingkir Sebab Tak Percaya
Jadi Dari Saat Itu Mencari Kunci Tiap Pintu
Tak Peduli Berapa Lama Janji Itu Pasti Kan Tiba Masa

Dan Mana 
Sudah Sampai Mana
Pijak Pedal Lama Dah Kayuh Merata
Nak Berjaya Mesti Gagal Dulu
Tak Percaya Boleh Cuba Jangan Malu

Jadi Aku Biar Pun Makan Berbulan
Nak Juga Capai Angan Di Awan
Sampai Nama Jadi Sebutan
Dan Tak Lupa Yang Hulurkan Tangan

Bunga Tak Akan Layu Jika Kita Menyemai Baja
Bagai Si Gadis Ayu Indah Santun Jika Di Jaga

Ala Payung La Payung Si Intan Payung
Dipandang Rendah Setahun Jagung
Perlahan Dayung Asal Sampai Ke Hujung
Janganlah Sanjung Kaduk Naik Junjung

Bukan Senang Nak Hidup Senang
Ada Sampan Sibuk Nak Berenang 
Jaga Jaga Ada Mata Mata 
Yang Hati Tak Tenang Tengok Orang Menang

Cuba Nak Ubah Cuma Perlu Satu
Cuba Cermin Rupa Cuma Ada Aku
Tak Hirau Walau Pun Tak Laju
Janji Bukan Wau Yang Putus Teraju

Siapa Kata Ku Tak Boleh
Yang Toleh Toleh Dulu Pandang Remeh
Dipijak Diherdik Dah Berdolak Dalik
Terlajak Dek Kata Tak Boleh Tarik

Perlahan Dayung 
Sampai Ke Hujung 
Jangan Sanjung Kaduk Naik Junjung

Ala Payung La Payung Si Intan Payung
Dipandang Rendah Setahun Jagung
Perlahan Dayung Asal Sampai Ke Hujung
Janganlah Sanjung Kaduk Naik Junjung

Bila dengar lagu nih kan rasa macam addicted pulak, Bunyi gamelan (Aku rasalah) awal awal tuh boleh buat kita hanyut kejap lepas tuh dia gabung pulak dengan muzik zaman now memang kenalah bagi aku. 

Tapi yang paling obvious adalah lirik lagu dia yang meaningful. Ada pengajaran yang kita boleh ambil. Apa yang aku faham, kalau kita nak kejar impian hidup nih teruskan! berapa lama pun masa yang diperlukan takpe go for asalkan kita usaha dan bersabar insyaAllah kita akan berjaya. Jangan hirau kata kata orang! dan bila kita dah berjaya pulak ingat orang orang yang bersama dengan kita yang sokong kita jangan lupa diri. gituh.

Kalau aku salah maaf ya tapi ini adalah apa yang aku boleh huraikan dari pemahaman aku. 

Post a Comment

0 Comments