Ticker

6/recent/ticker-posts

Lirik Lagu Malam Ku Bermimpi - Dayang Nurfaizah

Lirik Lagu Malam Ku Bermimpi - Dayang Nurfaizah | Untuk korang yang belum tahu, Dayang Nurfaizah baru jer keluarkan Album yang diberi nama Belagu. Ada lapan (80) lagu semuanya! Korang dah boleh stream lagu tuh dekat Spotify. Dekat platform aku tak tahu sebab aku guna Spotify jer haha.

Awal awal arituh Dayang Nurfaizah dah keluarkan Muzik Video untuk lagu Tudung Periuk dekat youtube dan lagu lagu lain akan menyusul selepas itu. Arini (12 Februari 2021) Muzik Video lagu Malamku Bermimpi sudah pun dimuatnaik di youtube guys. 

Tajuk Lagu : Malam Ku Bermimpi
Artis : Dayang Nurfaizah 
Executive Producer : Dayang Nurfaizah dan Sharina Ahmad
*All songs arranged and produced by Aubrey Suwito



Lirik Lagu Malam Ku Bermimpi - Dayang Nurfaizah

Malamku Bermimpi
Dengan Satu Bintang
Berkata Kataku Di Jendela
Ku Lihat Putra Tersenyum Menentang
Asmara Bergelora Dengannya Sereta

Malam Ku Terlihat
Sekuntumlah Bunga
Warnanya Indah Menarik Hati
Baunya Semerbak Menjatuh Cinta
Bunga Pujaan Segala Hatiku

Sungguh Jauh Seberang Lautan
Wajahmu Dekat Disampingku
Berseri Seri Seperti Bulan
Mngoncang Menawan Segenap Kalbuku

Angin Meniup Dengan Tenteram
Merayu Berbisik Di Waktu Malam
Bulan Menyinari Dengan Cemerlang
Menyampaikanlah Berita Dengan Riang

Sungguh Jauh Seberang Lautan
Wajahmu Dekat Disampingku
Berseri Seri Seperti Bulan
Mngoncang Menawan Segenap Kalbuku

Angin Meniup Dengan Tenteram
Merayu Berbisik Di Waktu Malam
Bulan Menyinari Dengan Cemerlang
Menyampaikanlah Berita Dengan Riang

Ya ampun! Masa Dayang keluarkan Album nih aku dengar lagu Tudung Periuk tuh jer yang lain aku tak dengar langsung tapi bila MV Malamku Bermimpi keluar aku tengoklah. Mendayu dayu jer suara Dayang. Serious aku cakap, sedap gila. Lepas tuh dengan arrangement muziknya, kau boleh rasa macam berada di zaman zaman dulu. 

Lepas nih nak kena dengar lagu lain pulak! Untuk korang yang tengah cari lirik lagu Malam Ku Bermimpi Dayang Nurfaizah nih selamat menyanyi ye korang hehe. 

Post a Comment

0 Comments