Ticker

6/recent/ticker-posts

Kuih Tradisi Ini Sudah Hampir Pupus? Masih Ada Yang Kenal Dengan Tepung Nilin?

Kuih Tradisi Ini Sudah Hampir Pupus? Masih Ada Yang Kenal Dengan Tepung Nilin? | Hai warganet sekalian, korang pernah makan tak tepung nilin? Kalau korang berasal dari Kelantan mesti tahu pasal kuih nih. 

Kalau tak tahu jugak mungkin korang adalah generasi terbaru yang wujud di muka bumi ini haha. Yang tua tua macam aku for sure akan tahu dan pernah makan kuih tepung nilin yang letops nih.

Inilah rupa kuih tepung nilin tuh.

Kuih Tradisional Kelantan

Rupa dia biasa biasa je guys. Nama pun kuih tradisional kan tapi rasa dia sedap weh! Bahan utama yang diperlukan untuk buat kuih nih adalah Daun nilin. Yes! tanpa daun nilin kuih ini takkan wujud. 

Aku tak tahulah macam mana dorang buat tapi apa yang aku tahu, daun nilin tuh akan dikisar sampai keluar juice dia warna hijau hijau camtuh pastuh dia campur la dengan bahan bahan lain and masak sampai jadi macam dalam gambar. 

Kuih Tradisional Di Kelantan

Nampaknya kena belajar kot buat kuih nih kalau tak nanti lama lama pupus pulak. betul tak? Sekarang nih pun aku tengok yang pandai buat adalah orang orang lama jer.

Aku harap sangat yang kuih kuih tradisional macam nih akan kekal sampai bila bila tapi rasanya macam susah je nak dapatkan daun nilin. Dekat shopee ada ke? kalau ada boleh boleh beli. Shopee kan semua benda ada haha. Nanti aku nak try cari lol!

Post a Comment

0 Comments