Ticker

6/recent/ticker-posts

KFC Zero Chicken Burger Nih Sedap Ke Tak Sebenarnya?

KFC Zero Chicken Burger Nih Sedap Ke Tak Sebenarnya? | Hai warganet sekalian, kembali lagi kita dalam rancangan makan makan sampai kenyang pastuh gemok menangis tepi katil. Ha, panjang tak segmen kita hari ini guys? 

Korang tahu tak 9 Februari arituh KFC ada keluarkan satu menu untuk burger yang dinamakan Zero Chicken Burger. Kemain kan nama dia. Aku pun tak tahu kenapa dorang namakan burger tuh zero tapi apa yang aku tahu konsep dia adalah plant based patty!

Bukan kaleng kaleng ya menu KFC kali nih. Packaging pun lain warna hijau!

menu baru kfc

Zero Chicken Burger nih terhasil disebabkan kolaborasi antara KFC dengan Quorn. Kalau korang nak tahu, Quorn tuh adalah jenama yang mengeluarkan makanan pengganti daging yang terletak di United Kingdom.

Haaa, berinformasi tak entry aku kali nih? haha! 

Ok, sekarang nih jom kita tengok macam mana rupanya Zero Chicken Burger nih. 

Menu Baru KFC

Beginilah rupa Zero Chicken Burger! As usual burger mesti ada sesame buns, pastuh dorang letak cheese, sayur sayur sikit, mayonise and the main character adalah plant based patty tuh! 

Sebelum aku continue, Aku nak bagitau yang burger nih sepatutnya ada BBQ Sauce tapi orang buatkan burger nih lupa nak letak sos tuh kot. Takpelah aku maafkan mungkin sebab menu baru dia tak familiar lagi and lupa nak letak. 

Anggap je la macam tuh ok!

Menu Baru KFC

Sekarang nih aku nak kongsikan pendapat aku pasal plant based patty yang dorang gunakan untuk burger nih. Sejujurnya, aku tak expect yang rasa dia betul betul macam ayam sebenar. Kalau tak ada orang cakap yang patty nih bukan ayam, aku tak kan argue apa apa sebab rasa dia sedap macam kita makan ayam.

Menu Baru KFC

Korang tengoklah sendiri texture dia memang macam ayam kan? Aku tak kesah makan macam nih untuk gantikan tempat ayam. hehe! 

Secara keseluruhan walau pun Zero Chicken Burger yang aku dapat nih tak cukup ingredients rasa dia sedap jer. Cuma bab sayur dengan mayonise tuh kalau letak banyak sikit lagi ok and roti tuh plak a little bit dry bagi aku. Other than that tip top. 

Eh, ada lagi benda yang aku nak citer, Zero Chicken Burger nih walaupun plant based tak sesuai untuk vegan atau vegetarian.  Aku rasa cara penyediaan dia menyebabkan burger nih tak sesuai untuk Vegan dan Vegetarian makan and satu lagi burger nih kan guna mayonise jugak jadi tak boleh lah dorang nak consume betul tak?

Aku pelik jugak kenapa burger nih wujud tapi Vegan and Vegetarian takleh nak makan tapi untuk kita yang makan semua benda boleh la nak cuba kalau curious. 

Post a comment

0 Comments