Drama Ofis Politik

Tonton Drama Ofis Politik, Pelakon Drama Ofis Politik, Sinopsis Drama Ofis Politik, Drama Astro tahun 2024,
Drama Ofis Politik | Drama melayu baru yang akan menemui penonton di kaca televisyen korang tidak lama lagi adalah drama berjudul Ofis Politik


Info Lengkap Drama Ofis Politik

Dalam artikel kali ini aku akan kongsikan dengan korang tentang informasi lanjut berkaitan dengan drama Ofis Politik dimana korang boleh dapatkan maklumat seperti pengarah drama, penerbit, pelakon dan lain lain lagi.

Pengarah Dan Pelakon Drama Ofis Politik

Drama Ofis Politik yang diarahkan oleh Wan Alauddin Wan Zainuddin ini dibintangi oleh ramai pelakon. Antara yang terlibat dalam menjayakan drama ini adalah Rashidi Ishak, Erysha Emyra, Syafi Tee dan ramai lagi. 

Pelakon Drama Ofis Politik

Korang boleh rujuk jadual dibawah untuk senarai penuh pelakon dan nama watak yang dibawakan oleh mereka dalam drama Ofis Politik.
No. Pelakon Watak
1
Syafi Tee
Zain Azman
2 Erysha Emyra Kursyiah Kamal
3
Rashidi Ishak
Abdullah
4
Zack Aiman
Zohri Zawawi
5
Hafiz Halim
Ehsan Mansor
6
Satthiya Kandi
Rosmarry
7
Shania Hendrik
-
8
Yusra Akma
-
*Akan Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa

Penerbit Dan Waktu Tayangan Drama Ofis Politik

Untuk pengetahuan korang semua, Ofis Politik merupakan sebuah drama terbitan KL Motion Picture Sdn Bhd. Drama ini akan bersiaran di Astro menerusi saluran Astro Ria pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9:00 malam bermula 04 Disember 2024.

Buat korang yang tidak dapat menonton di kaca televisyen, boleh tonton drama Ofis Politik secara online di laman sesawang atau aplikasi Astro GO.


Informasi Ringkas Tentang Drama Ofis Politik

Tajuk Drama : Ofis Politik
Saluran : Astro Ria, Astro Go
Tarikh Tayangan : Bermula 04 Disember 2024
Waktu Tayangan : Setiap hari rabu dan khamis, Jam 9:00 Malam
Pengarah : Wan Alauddin Wan Zainuddin
Terbitan : KL Motion Picture Sdn Bhd
Pelakon : Syafi Tee, Erysha Emyra, Rashidi Ishak, Zack Aiman, Hafiz Halim, Satthiya Kandi, Yusra Akma dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Ofis Politik

Drama Ofis Politik mengisahkan tentang sekumpulan penjawat awam yang ditempatkan di jabatan Perantaraan iaitu sebuah jabatan palsu kerana prestasi kerja mereka dianggap kurang memberangsangkan. Disebabkan itu, penolong pengarah baru di jabatan tersebut bernama zain bekerjasama dengan Kursyia cuba membuktikan jabatan tersebut mempunyai fungsi dan layak untuk terus beroperasi.

LihatTutupKomentar