Lirik Lagu Masihkah Ada Rasa Itu - Misha Omar (OST Wanita Syurga)

Lirik lagu Masihkah Ada Rasa Itu, lagu baru Misha Omar , Lagu best 2024, lagu baru 2024, Lagu melayu baru Mac 2024, OST Drama Wanita Syurga
Lirik Lagu Masihkah Ada Rasa Itu - Misha Omar (OST Wanita Syurga) | Untuk Segmen Lagu kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang sebuah lagu baru dari Misha Omar yang bertajuk Masihkah Ada Rasa Itu. Lagu ini merupakan salah satu official soundtrack untuk drama melayu di TV 3 berjudul Wanita Syurga.


Untuk pengetahuan semua, Komposer untuk lagu Masihkah Ada Rasa Itu nyanyian Misha Omar adalah Sharon Paul dan liriknya pula ditulis oleh Que Afiq.

Official Music Video untuk lagu Masihkah Ada Rasa Itu masih belum ada lagi sewaktu artikel ini dikongsikan. Buat peminat yang nak nyanyi sama sama lagu ini boleh rujuk lirik lagu yang aku kongsikan dibawah.

Poster Lagu Masihkah Ada Rasa Itu Misha Omar

Lirik Lagu Masihkah Ada Rasa Itu - Misha Omar (OST Wanita Syurga)

Dalam Cinta Yang Terindah
Adanya Dirimu Yang Memeluk Erat Jiwaku
Ku Sangka Indah Selamanya
Cinta Sampai Hujung Nyawa

Dia Merubah Kisah Kita
Meski Hati Ini Masih 
Mengharapkan Kamu Hadir
Kembali Dan Meluah Apa Yang Terjadi

Aku Masih Dengan Cerita
Yang Kita Lewati Bersama Dulu
Masihkah Ada Rasa Itu

Dalam Cinta Yang Terindah
Adanya Dirimu Yang Memeluk Erat Jiwaku
Meski Hati Ini Masih 
Mengharapkan Kamu Hadir
Kembali Dan Meluah Apa Yang Terjadi

Aku Masih Dengan Cerita
Yang Kita Lewati Bersama Dulu
Masihkah Ada Rasa Itu

Adakah Bersama Dia
Engkau Bahagia

Mungkinkah Dikau Bahagia
Meski Hati Ini Masih 
Mengharapkan Kamu Hadir
Kembali Dan Meluah Apa Yang Terjadi 

Aku Masih Dengan Cerita
Yang Kita Lewati Bersama Dulu
Masihkah Ada Rasa Itu
Mana peminat Misha Omar? Bila agaknya kali terakhir kita dengar lagu baru dari Misha ya? Aku rasa dah agak lama juga kan? Sekali dia comeback terus dengan OST Drama ya. Biasanya kalau lagu dah keluar mesti drama pun akan tayang tak lama lagi. betul tak? Aku harap lagu ini akan dapat perhatian ramai selepas drama mula nanti. 
LihatTutupKomentar