Lirik Lagu Alamak Raya Lagi - De Fam

Lirik lagu Alamak Raya Lagi De Fam, lagu baru De Fam, Lagu Raya best 2024, lagu best, lagu Raya baru 2024, Lagu melayu baru Mac 2024
Lirik Lagu Alamak Raya Lagi - De Fam | Dalam Segmen Lagu kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang lagu baru dari salah satu girl group popular di Malaysia iaitu De Fam yang bertajuk Alamak Raya Lagi.


Untuk pengetahuan semua, lagu raya baru bertajuk Alamak Raya Lagi nyanyian De Fam adalah Mage, Ja'a, Glowrush, Awan dan juga Sophia Liana yang merupakan salah satu ahli kumpulan De Fam.

Official Music Video untuk lagu Alamak Raya Lagi sudah pun dimuatnaik di youtube sejak 08 Mac 2024 lagi. Sekiranya korang berminat untuk menontonnya boleh ke youtube channel Faithful sekarang. 

Buat korang yang nak nyanyi sama sama lagu Alamak Raya Lagi boleh rujuk lirik lagu yang aku kongsikan dekat bawah.

Poster De Fam untuk Lagu Raya Alamak Raya Lagi

Lirik Lagu Alamak Raya Lagi - De Fam

Sebulan Sebelum Raya
Baru Tahu Esok Puasa
Terlupa Niat Google Cepat

Masa Berlalu Begitu Cepat
Sedar Sedar Malam 24
Nak Beli Tiket Dah Tak Sempat
Nak Sewa Kereta Dah Terlambat

Alamak Alamak Alamak

Alamak Raya Lagi
Kuih Raya Tak Jadi Jadi
Kelam Kabut Anyam Ketupat
Rendang Hangus Dalam Kuali

Alamak Raya Lagi
Baju Raya Pun Lupa Beli
Balik Kampung Jalan Melekat
Pandang Kanan Pandang Kiri
Sangkut Lagi

Jalan Lenggang Lenggok
Nak Masak Rendang Tok
Mama Pula Sibuk Baju Belum Gosok
Kuih Terbakar Takde Orang Tengok
Sampin Abah Dah Kena Sorok

Alamak Alamak Alamak

Alamak Raya Lagi
Kuih Raya Tak Jadi Jadi
Kelam Kabut Anyam Ketupat
Rendang Hangus Dalam Kuali

Alamak Raya Lagi
Baju Raya Pun Lupa Beli
Balik Kampung Jalan Melekat
Pandang Kanan Pandang Kiri
Sangkut Lagi

Petang Petang Semua Happy
Hanya Aku Yang Sendiri
Bila Tengok Story IG
Tapi Wifi Macam Ba
Bila Tiba Hari Raya

Alamak Raya Lagi
Kuih Raya Tak Jadi Jadi
Kelam Kabut Anyam Ketupat
Rendang Hangus Dalam Kuali

Alamak Raya Lagi
Baju Raya Pun Lupa Beli
Balik Kampung Jalan Melekat
Pandang Kanan Pandang Kiri
Sangkut Lagi
Wahh lagu raya dah ada korang! puasa pun belum ini. Lagu betul De Fam ya hehe. Sebenarnya dah lama aku tunggu lagu raya dari De Fam lepas dorang umum waktu podcast dengan Studio Sembang. First impression memang letop! Aku suka dengan lagu raya dorang. Catchy and best untuk dengar dalam kereta time nak balik kampung!
LihatTutupKomentar