5 Drama Astro Originals Baru Wajib Tonton di Tahun 2024

Drama Melayu Baru 2024, Drama Best Dan Menarik 2024, Senarai Drama Melayu Baru, Tonton Drama Melayu Online, Drama Astro Originals 2024, Drama Best

 5 Drama Astro Originals Baru Wajib Tonton Tahun 2024 | Seperti cendawan tumbuh selepas hujan! Itulah peribahasa yang sesuai untuk artikel kali ini sebab aku perasan sekarang ini ada banyak cerita drama melayu yang akan ditayangkan pada tahun 2024.

Antara yang menarik perhatian aku adalah drama Astro Originals yang sentiasa menghasilkan drama yang berkualiti untuk tontonon peminat drama diluar sana. 

Baca Juga : Senarai Drama Melayu Di Astro Akan Datang Tahun 2024

Pada tahun tahun sebelum ini Astro Originals menghadiahkan penonton beberapa drama best dan viral seperti Project : High Council, One Cent Thief, I-Tanggang, Gamers Mangkuk dan banyak lagi. 

Poster 5 Drama Astro Originals

Kejayaan drama drama tersebut membuatkan peminat drama tak sabar untuk menonton lebih banyak drama Astro Originals pada tahun 2024. 

Senarai Drama Astro Originals Baru Wajib Tonton 2024

Pada tahun 2024, Astro menyediakan beberapa buah drama yang sangat menarik untuk kita semua. Antara yang menarik perhatian aku adalah Project : Exit, I.D, First Wives, X-Change dan Framed. Selepas menonton cuplikan dan membaca sedikit sinopsis 5 drama ini aku rasa sangat teruja untuk kongsikannya dengan semua pembaca.

1. Drama Project : Exit

Poster Drama Melayu Astro Originals Project : Exit

Drama Project : Exit adalah antara yang mungkin akan menjadi perhatian ramai selepas kejayaan drama drama PROJECT sebelum ini seperti Anchor SPM dan High Council. Drama ini masih lagi mengekalkan genre teen drama yang berkisarkan tentang pelajar sekolah. Untuk info lanjut berkaitan drama ini korang boleh baca artikel penuh tentang drama Project : Exit. 

Info Lengkap Drama Project : Exit

2. Drama First Wives

Poster Drama Astro Originals First Wives

Waktu pertama kali tengok logo untuk drama ini aku rasa agak teruja sebab nampak macam drama aksi dan jalan cerita juga sangat menarik untuk ditonton. Adakah ianya drama tentang kecurangan? Apa yang boleh aku katakan adalaha YA! tetapi ada plot twist yang akan membuatkan korang nak tengok drama First Wives ini. Korang boleh baca info lanjut drama artikel yang aku sediakan menerusi link dibawah.

Info Lanjut Drama First Wives

3. Drama I.D 

Poster Pelakon drama Astro Originals I.D The Golden Goose

Seterusnya ada drama Astro Originals yang bertajuk I.D. Drama ini pun agak menarik untuk ditonton. Macam yang korang tengok dalam gambar yang aku kongsikan drama I.D menampilkan pelakon seperti Amelia Handerson, Dato Rosyam Noor, Naim Daniel dan ramai lagi. Nak tahu macam mana jalan cerita untuk drama ini boleh baca artitkel penuh. 

Info Lanjut Drama I.D

4. Drama X-Change

Poster Drama Astro Originals X Change

Another drama yang best untuk korang tengok tahun 2024 menerusi Astro Orginals adalah X-Change. Drama aksi ini menarik untuk ditonton kerana ianya juga menampilkan pelakon hebat seperti Dato Rosyam Noor. Pelakon lain pula aku tak familiar sangat tapi kalau tengok cuplikan video yang Astro kongsikan di Youtube nampak best. 

Info Lanjut Drama X-Change

5. Framed

Poster Drama Astro Originals Framed

Drama last yang aku nak kongsikan adalah Framed. Drama ini bergenre fantasi investigate thriller. Menarik kan! Drama ini menampilkan Mimi Lana dan juga Merqeen. Mesti ramai yang berminat nak tengok nanti kan. 

Aku yang tengok showreels dekat youtube pun tak sabar apatah lagi peminat Mimi Lana dan Merqeen. Betul tak? Kalau korang nak tahu jalan cerita boleh baca artikel penuh dibawah.

Info Lanjut Drama Framed

Berikut adalah 5 drama Astro Originals yang bakal ditayangkan di Astro pada tahun 2024. Buat korang yang belum langgan Astro rasanya dah boleh langgan sekarang kalau nak tengok drama drama menarik yang aku kongsikan dalam artikel ini. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang drama atau filem melayu terbaru boleh follow blog arepnakbebel.com okay!

LihatTutupKomentar