Bakal Keluar 17 November 2023, Album Sulung Dolla Dinantikan Ramai!

Album pertama Dolla, Tajuk Album pertama Dolla, Jumlah lagu dalam album Dolla, Komposer lagu Dolla, Anugerah Dolla menang, Siapa Dolla,
Akan Keluar 17 November 2023, Album Dolla Dinantikan Ramai! | Bercakap tentang Dolla, aku yakin ramai diantara korang samada peminat atau pun tidak, mengenali mereka kerana Dolla adalah salah satu kumpulan penyanyi wanita popular di Malaysia. Buat mereka yang tidak tahu, Dolla dianggotai oleh empat gadis cantik dan berbakat iaitu Tabby, Sabronzo, Angel dan Syasya. 

Pengenalan Ringkas Tentang Dolla

Sejak kemunculan single pertama mereka yang bertajuk Dolla Make You Wanna, Dolla menjadi perhatian ramai dimana mereka mempunyai kelab peminat sendiri yang dikenali dengan nama Idolla. Sejak dari itu Dolla bekerja keras menghasilkan lebih banyak lagu yang hits seperti Bad, Impikan, Berani, Look At This, Damelo dan banyak lagi. Dolla juga mengeluarkan lagu raya yang bertajuk Raya Raya Raya yang menjadi salah satu lagu kegemaran rakyat Malaysia apabila tibanya bulan Syawal.


Selain itu, Dolla juga mempunyai lagu lagu duet bersama penyanyi tanah air seperti Yonnyboii menerusi lagu Sudi dan juga Naim Daniel dengan lagu Mungkin Ini Adalah Lagu Paling Sedih Pernah Ku Buat.

Sepanjang Dolla berada dalam industri mereka pernah memenangi beberapa anugerah seperti Artis Wanita Baru Paling Popular di ABPBH 34, Best New Artist of The Year di Women of Excellence Awards, Top Meletop Group/Duo di AME 2021, Lagu Trending Tergempak dan Muzik Video Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2022, Group/duo Paling Popular di ABPBH 36 dan tercalon untuk Celebrity of The Year di Anugerah Tik Tok Malaysia 2023. 

New Classic, Nama Album Pertama Dolla

Pengenalan yang agak panjang sebenarnya untuk Dolla. Kalau diikutkan masih ada beberapa lagi informasi yang tidak dikongsikan tetapi untuk kali ini aku nak fokuskan kepada album pertama Dolla yang akan keluar tidak lama lagi iaitu pada 17 November 2023.

Gambar Album Baru Dolla

Album pertama Dolla diberi nama New Classic! Apakah yang dimaksudkan oleh New Classic? Aku pun masih dalam situasi yang sama dengan korang. Masih berteka teki tentang konsep yang akan dibawakan oleh mereka. Adakah elemen instrumental yang digunakan adalah dari zaman zaman 80an atau 90an dan diolah menjadi lebih kekinian? Mungkin ya mungkin juga tidak.

Baru baru ini Dolla mengejutkan peminat selepas menghilangkan semua post di instagram pada 3 November 2023 dan memuatnaik dua keping gambar bersama satu video pendek yang berdurasi lima belas saat untuk mengumumkan album mereka sudah hampir menemui peminat.

Content Schedule Album Dolla New Classic

Bermula dari 7 November 2023, Dolla akan mengemaskini posting mereka di Instagram berkenaan album baru sehinggalah ianya dikeluarkan pada 17 November 2023. Setakat hari ini (9 November 2023), Dolla sudah pun kongsikan tarikh album, tajuk album, content schedule dan individual concept teaser untuk tiga orang ahli iaitu Angel, Syasa dan Sabronzo. 

Berapa Buah Lagu Dan Siapakah Yang Terlibat?

Pada pendapat aku, planning dan marketing yang digunakan oleh Dolla sangat bagus dan berkualiti. Bukan hanya untuk album baru tetapi untuk semua lagu lagu single yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Kita boleh nampak hasil usaha dan penat lelah mereka melalui positng yang telah dikongsikan.  

Antara persoalan yang menjadi tanda tanya besar untuk peminat Dolla sekarang ini adalah berapa buah lagukah yang bakal dikeluarkan menerusi album ini, Apakah konsep yang akan dipertaruhkan kali ini, siapakah komposer yang bekerjasama untuk lagu lagu baru Dolla dalam album New Classis.

Semuanya akan terjawab tidak lama lagi. Sama sama kita nantikan album New Classis pada 17 November 2023. Sekiranya korang ada teori sendiri tentang album ini sila tinggalkan pendapat korang dibahagian komen. Terima kasih dan kita jumpa dalam artikel akan datang.
LihatTutupKomentar