De Fam Bakal Keluarkan OST, Single Baru dan Lagu Raya Tahun 2024

single baru De Fam 2024, lagu baru De Fam 2024, Lagu Raya De Fam 2024, lagu OST nyanyian De Fam, perkembangan muzik De Fam, Info tentang De Fam
De Fam Bakal Keluarkan Single Baru dan Lagu Raya Tahun 2024 | Ada tak diantara korang yang menjadi penonton setia podcast yang diacarakan oleh Amelia Henderson menerusi channel ATHQ Media yang berjudul Studio Sembang? Sekiranya ada, korang mesti tahu pada 9 November 2023 Studio Sembang menjemput Penyanyi Kumpulan Wanita popular De Fam sebagai tetamu undangan.

Untuk pengetahuan korang, De Fam dianggotai oleh tiga orang wanita berbakat iaitu Sophia Liana, Azira Shafinaz dan Cik Manggis. Kumpulan ini ditubuhkan sejak dari tahun 2015 lagi dan masih kekal bersama sehinggalah hari ini. 


Sekiranya ada yang masih belum mengenali De Fam, pastikan korang menonton episod kali ini kerana De Fam banyak berkongsi info menarik tentang diri mereka secara individu dan juga sebagai De Fam yang kita semua kenal menerusi lagu lagu popular mereka seperti Supergirls dan Panas. 


Dalam Podcast Studio Sembang, De Fam juga berkongsi tentang perkembangan mereka dalam industri muzik. Seperti yang peminat tahu, lagu paling terkini adalah Berubah yang dikeluarkan pada tahun lepas iaitu bulan oktober 2022. Bagi peminat pastinya tertanya tanya bilakah agaknya De Fam akan mengeluarkan lagu baru?

Single Baru De Fam, OST dan Lagu Raya 2024

Menurut Cik Manggis, De Fam akan mengeluarkan lagu OST tetapi tidak dikongsikan samada ianya untuk drama atau filem. Selain itu mereka juga akan mengeluarkan single terbaru! adakah lagu single terbaru tersebut bergenre balada sama seperti Berubah atau lebih energetic seperti single pertama mereka Supergirls? Kita sama sama nantikan!
"Actually kita ada lagi our OST song coming and also kita ada kita punya new single juga coming" - Cik Manggis, Podcast Studio Sembang
Tak cukup dengan lagu OST dan single baru, De Fam juga bakal mengeluarkan lagu raya untuk tahun 2024. Menurut Azira Shafinaz, lagu raya tersebut sepatutnya untuk raya tahun ini tetapi tidak sempat dikeluarkan diatas sebab sebab tertentu. Jadi, mereka akan keluarkannya pada tahun hadapan. 
"Actually we recorded for this year raya tapi sebabkan tak sempat untuk keluarkan atas sebab sebab tertentu. So, kita push it for next year and lagu tuh sangat cute. Ini lagi different! kalau you dengar you akan gelak, you cam eh are you sure this is De Fam macam tuh" - Azira Shafinaz, Podcast Studio Sembang

Nampaknya tahun 2024 akan menjadi tahun yang agak sibuk untuk De Fam dan aku harap OST, single baru dan lagu raya ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar.Sebelum aku akhiri artikel kali ini, jangan lupa untuk ke channel ATHQ Media dan tonton semua episod Studio Sembang termasuklah episod baru bersama De Fam. 

Support Studio Sembang juga supaya mereka dapat menjemput lebih ramai selebriti dan orang orang dalam industri untuk berkongsi kisah kisah mereka kepada peminat mereka diluar sana. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Kita jumpa lagi dalam artikel akan datang!

LihatTutupKomentar