Makan Nasi Berasap Di Habib Elbie Tanah Merah Kelantan

Menu baru nasi berasap di Habib Elbie Tanah Merah, kedai makan di tanah merah kelantan, tempat makan di tanah merah kelantan, senarai kedai makan
Haluuuu korang semua! Dah makan ke belum tuh? Kalau belum makan bawa bawalah stop buat kerja pastuh pergi makan. Cakap pasal makan nih kan aku nak share sikit pengalaman pergi makan nasi berasap dekat restoren Habib Elbie cawangan Tanah Merah Kelantan. 

Sebelum nih aku pernahlah dengar pasal kedai makan Habib Elbie tapi tak pernah singgah. Sebab apa? entahlah aku pun tak tahu haha. Nak dijadikan cerita kawan aku ajak pergi makan dekat sana and disebabkan dorang ada menu baru yang menarik perhatian aku pun gigihkan juga diri untuk pergi. Kalau nak pergi sorang tuh memang tidaklah kot. 

Habib Elbie Tanah Merah

Sampai jer dekat sana memang aku aimed nak order menu baru dorang which is nasi berasap. Ada beberapa pilihan nasi berasap untuk dicuba. 

Senarai pilihan Nasi Berasap Di Habib Elbie Tanah Merah

  1. Nasi Berasap Daging Merah RM10.00
  2. Nasi Berasap Udang Pad Krapaw RM14.90
  3. Nasi Berasap Ketam Pong Kari RM16.90
  4. Nasi Berasap Kapaw Ayam RM11.00
  5. Nasi Berasap Daging Black Pepper RM10.00
  6. Nasi Berasap Kapaw Daging RM11.00
  7. Nasi Berasap Chicken Grill RM16.90
  8. Nasi Berasap Lamb Grill RM19.90
*Setiap hidangan didatangkan dengan minuman percuma

Dalam banyak banyak pilihan tuh aku order Nasi Berasap Daging Merah yang berharga RM10.00 dan minuman aku ordered limau ais. Kalau tak silap aku ada 3 jenis minuman sahaja yang dibenarkan untuk pelanggan pilih bersama dengan menu nasi berasap nih. 

Habib Elbie Tanah Merah

Beginilah rupa Nasi Berasap Daging Merah tuh. Dalam gambar nih memang tak nampaklah berasap. Kalau korang nak tengok betapa berasapnya nasi nih boleh tonton video yang aku kongsikan dekat bawah nih. 
 

 Sedap ke tak? Mesti korang tertanya tanya kan? As usual taste bud manusia nih berbeza beza dan bagi aku Nasi Berasap Daging Merah yang aku order tuh biasa biasa sahaja tapi yang special dan kreatifnya adalah cara penyediaan nasi berasap tuh sendiri.

Kalau korang teringin nak cuba nasi berasap dekat Habib Elbie cubalah order yang lain sikit dari apa yang aku dah cuba contohnya Nasi Berasap Ketam Pong Kari atau Nasi Berasap Udang Pad Krapaw mana tahu korang akan suka. 

Lagi pun dekat Habib Elbie nih ada banyak lagi makanan lain yang korang boleh cuba. Tak semestinya datang sini nak kena makan nasi berasap jer. Lagi satu kedai nih berdekatan denga rail keretapi. Kalau rezeki korang mungkin boleh nampak keretapi lalu dekat situ.

LihatTutupKomentar