Misi Mencari Dan Makan Cendol Di Abang Cendol Tanah Merah Kelantan

Kedai cendol sedap di kelantan, kedai abang cendol di tanah merah, tempat makan cendol best di kelantan, kedai makan best di kelantan, abang cendol
Sekarang ini hujan dekat kelantan macam chipsmore sebab kejap hujan kejap berhenti lepas tuh hujan balik dan begitulah seterusnya tak tahu sampai bila haha. Walau pun hujan tetap gigih ke Tanah Merah untuk mencari Abang Cendol

Aku tahu pasal kedai Abang Cendol nih pun disebabkan oleh kawan aku tapi masing masing tak pernah pergi. Maklumat yang kitorang tahu adalah kedai Abang Cendol berada berdekatan dengan kedai makan Selera Tepi Sungai. Aku cari kedai Abang Cendol tuh guna waze tapi bila sampai aku tengok dorang tutup. 

Jadi, disebabkan kedai Abang Cendol tutup kitorang decided untuk makan dekat Restoren Selera Tepi Sungai jer la. Waktu tengah survey makanan tiba tiba nampak kedai Abang Cendol. Dorang buka dekat Restoren Selera Tepi Sungai rupanya.

Tiba tiba aku pening!

Apa jadi dengan kedai yang aku nampak awal tadi? Dorang dah pindah tempat ke? Hmmm Entahlah korang. Aku pun lupa nak tanya staff Abang Cendol tuh. 

Walau pun misi kitorang untuk cari kedai Abang Cendol dah berjaya, kitorang tetap pergi makan nasi dulu lepas tuh baru pergi makan cendol haha. Waktu nak order cendol aku dah rasa kenyang tapi kawan aku tetap order. Kalau korang nak tahu apa yang ada dekat kedai Abang Cendol boleh tengok menu dekat bawah.

Kedai Abang Cendol Tanah Merah

Dorang ada beberapa pilihan cendol untuk kita cuba. Kalau tak cukup boleh jer nak tambah bahan bahan macam jagung, kacang, isi kelapa dan lain lain dengan harga yang telah ditetapkan macam dalam gambar kat atas nih.

Kawan aku order dua cendol yang berbeza which is Cendol Pulut Pauh dan Cendol Isi Kelapa. Cendol yang datang dengan pulut dan pauh atau mangga selalu jer aku makan tapi cendol isi kepala tuh first time dengar. Jadi, aku ambil kesempatan yang ada untuk cuba rasa sekali hahaaha. 

Abang Cendol Tanah Merah Kelantan

Awalnya masa tengok harga rasa macam pricey tapi bila dah nampak portion untuk setiap cendol yang sampai sebenarnya harga yang dikenakan  sangat berbaloi. Dari segi rasa aku bagi 4 bintang! Kalau korang nak cuba bolehlah singgah dekat Restoren Selera Tepi Sungai Tanah Merah Kelantan. 
LihatTutupKomentar