Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Roti Naan Sedap Di Ayer Lanas Kelantan

Haluu korang! Untuk entry kali nih aku nak share pasal roti naan. Dekat area tempat aku tinggal ada satu kedai jual roti naan yang boleh tahan sedap jugaklah. Dari aku kecik sampailah tua memang situlah port makan roti naan sebab parents aku suka makan roti naan. 

Nama kedai? Entahlah aku pun tak tahu sebab dorang takde letakkan signboard nama kedai haha tapi orang orang kampung atau yang tinggal berdekatan confirmed tahulah kedai tuh.

Lokasi kedai roti naan nih berdekatan dengan pasar tani Ayer Lanas, Kelantan. Korang waze pasar tani Ayer Lanas nanti jumpalah kedai roti naan nih tapi untuk pengetahuan korang bukan asal kelantan, dekat sini roti naan dipanggil dengan nama lain which is roti tempayan hehe. 

Kalau korang datang kelantan nak cari kedai yang jual roti naan, tanya jer orang setempat "kedai roti ppaye mano pok cik?" ha gituhhh kihkih. 

Nak dijadikan cerita, mak aku planned nak ajak kakak aku makan roti naan dekat kedai tuh time dia balik cuti. Aku ingatkan tak jadi sebab kadang kadang kalau dia balik memang tak sempat nak ke mana mana sebab tak cukup masa tapi kali nih memang nekad betul kitorang teruskan perjuangan ke kedai roti naan dekat Ayer Lanas. 

Kedai roti naan Ayer Lanas Kelantan

Macam nih keadaan kedai dia, time nih dah ramai yang balik. Nak ambil time ramai orang macam segan hehe. Dulu time datang kedai roti naan aku akan order roti naan biasa dengan kari ayam sebab itu jer pun yang ada tapi sekarang bila zaman berganti zaman semuanya ada cheese haha. korang tengoklah menu dorang kat bawah nih.

kedai roti naan sedap ayer lanas kelantan

Awal awal dulu memang rasa pelik kenapa semua nak letak cheese kan tapi bila dah cuba setiap kali makan roti naan mesti order yang cheese jer sebab sodap! Kalau makan yang korang rasa macam kering jer tapi kalau roti naan cheese dia lebih lembut dan gebu. itu pendapat akulah. kalau korang suka yang biasa go ahead makan yang tuh. 

kedai roti naan sedap ayer lanas kelantan

kedai roti naan sedap ayer lanas kelantan

Makan roti naan dekat sini memang nostalgia gila sebab teringat balik zaman zaman dulu waktu kitorang satu family singgah makan roti naan sama sama. Rasa roti naan dengan kuah kari dia masih sama macam dulu. Yang berubahnya kitorang jer lah makin tua haha. 

Post a Comment

0 Comments