Sambutan Halloween Di Itaewon Korea Selatan? Ratusan Orang Maut Dan Ada Yang Cedera!

Insiden Halloween di Itaewon Korea Selatan, Kemalangan Halloween di Korea, Pray for itaewon, apa yang berlaku di korea, sambutan halloween di Korea
Bangun jer pagi nih tengok phone penuh dengan berita pasal kejadian yang menyedihkan berlaku dekat Korea Selatan. Aku macam tak tahu nak respon macam mana bila tengok berita astro awani kongsikan seramai 149 orang maut dan 79 orang cedera di Itaewon, Korea Selatan.

Halloween di Itaewon Korea Selatan

Insiden yang menyebabkan ramai orang maut dan cedera nih berlaku sewaktu dorang meraikan Halloween. Kalau diikutkan halloween jatuh pada hari isnin 31 Oktober 2022 tapi kejadian berlaku pada 29 Oktober 2022. Mungkin hari isnin kan hari bekerja, so dorang raikan awal sebab 29 Oktober 2022 tuh hari weekend. 

Menurut laman sesawang allkpop, lebih 100,000 orang berkumpul dekat Itaewon untuk raikan hari halloween. Patutlah bila tengok video yang tersebar dekat sosial media, ramai orang bersesak dan berhimpit di lorong yang sempit sampai ada yang pengsan. 


Video yang tersebar tuh memang menakutkan korang. Aku tak boleh nak bayangkan kalau berada dalam situasi tuh. Ramai orang pengsan dan ramai juga yang membantu sebaik mungkin untuk menyelamatkan mangsa dengan bantuan pernafasan (CPR).

Aku pun tak sanggup nak share video video yang tersebar tuh sebab sangat menakutkan. Kalau korang nak tengok lebih banyak pasal insiden halloween di Itaewon Korea Selatan boleh ke twitter pastuh taip jer itaewon. Korang akan jumpa banyak lagi video yang lebih menyayat hati pasal insiden nih. 

LihatTutupKomentar