Drama Korea Bulan November 2022 Boleh Tahan Banyak Jugak Tapi 3 Jer Aku Nak Tengok!

Senarai drama korea best 2022, drama korea bulan november 2022, sinopsis drama reborn rich, Drama korea 2022, sinopsis drama weak hero class 1,
Korang suka tengok drama korea tak? Kalau suka tengok confirmed korang tahu yang setiap bulan mesti ada jer drama korea baru keluar sampai tak sempat nak catch up. betul tak? Drama korea yang tayang bulan lepas pun aku tak tengok semua lagi. 

Sekarang dah masuk bulan November 2022 makin bertambahlah stok drama korea dalam list haha. So, untuk entry kali nih aku just nak share drama korea apa yang aku tak sabar nak tengok. Kalau tak silap aku bulan november ada lebih kurang 7 ke 8 drama korea yang akan keluar. 

Senarai drama korea bulan november 2022

Salah satu drama yang nampak best adalah Reborn Rich. Drama nih dia macam fantasy la sebab dalam dunia realiti kita tak mungkin akan berlaku. Drama Reborn Rich citer dia pasal sorang mamat yang kerja dengan orang yang kaya raya pastuh hujung hujung kena bunuh. Lepas kena bunuh tuh dia tiba tiba lahir kembali dalam tubuh anak orang kaya tuh. 

Bila dah jadi gituh dia pun ambil keputusan nak balas dendam. Cliche kan tapi aku suka tengok drama yang bergenre macam nih. By the way, drama nih dia tayang dekat saluran JBTC tapi korang jangan risau sebab kita kat Malaysia boleh tengok dekat VIU bermula 18 November 2022. Lambat lagi huwaaa.

Satu lagi drama korea yang aku nak tengok nanti adalah Revenge Of Others atau nama lain dia Third Person Revenge. Asalkan pasal balas dendam atau revenge memang wajib tonton la haha. Citer nih plak pasal seorang budak lelaki jatuh dari bangunan (apa yang aku tengok dari trailer). Orang ingat kes bunuh diri tapi sebenarnya tak! Jadi, kakak si mati tuh nak balas dendam balik la. Dia nak cari siapa yang bunuh adik kembar dia. 

Kalau korang tengok trailer citer Revenge Of Others nih aku rasa mesti korang pun nak tengok jugak sebab nampak menarik. Citer nih akan tayang dekat Disney Plus start 9 November 2022. Jangan lupa tengok tau. 

Last sekali drama korea yang aku rasa best untuk dilayan adalah Weak Hero Class 1. Kalau tengok tajuk drama memang sendu tapi sebenarnya citer nih best sebab dia mengisahkan pasal seorang budak sekolah yang bijak. Dia kalau pasal nak lawan lawan fizikal memang hampeh tapi otak dia geliga. Disebabkan oleh kebijaksanaan otak dia, dia dapat bantu geng geng sekolah yang selalu kena buli. Macam mana dia buat? Aku pun tak tahu. Sama samalah kita tengok nanti.

Weak Hero Class 1 nih akan tayang dekat streaming platform Wavve. Aku tak pasti dekat situ ada substitle ke tak. Lagi pun Weak Hero Class 1 dijadualkan tayangan dia pada 18 November 2022. Lambat lagi tuh mungkin nanti dorang akan release jugak dekat streaming platform dekat Malaysia. Jadi, kita tunggu dan lihat jer la. 

Selain 3 drama korea nih ada jer beberapa drama lain yang korang boleh tengok. Tak semua orang suka tengok genre drama revenge macam aku kan. Dekat bawah nih aku senaraikan drama korea best dan menarik bulan november 2022 untuk tontonan korang : 
  1. The Fabulous (4 November 2022)
  2. Revenge Of Others (9 November 2022)
  3. The First Responders (12 November 2022)
  4. Weak Hero Class 1 (18 November 2022)
  5. Somebody (18 November 2022)
  6. Reborn Rich (18 November 2022)
  7. Please Send A Fan Letter (26 November 2022)
  8. I Don't Want To Do Anything (November 2022)
Setakat nih ada 8 drama korea jer yang aku tahu bakal tayang bulan November 2022. Kalau korang ada penambahan boleh share dekat bahagian komen. Nanti Aku boleh masukkan dalam list supaya geng geng lain pun boleh tahu. 
LihatTutupKomentar