Ticker

6/recent/ticker-posts

Sakit Otak Bila Tengok Drama Risik Pada Hati

Sakit Otak Bila Tengok Drama Risik Pada Hati | Dulu masa awal awal aku memang tak tengok pun drama Risik Pada Hati tapi bila selalu nampak dekat Disney Plus Hotstar Malaysia. Lepas tuh pelakon utama pun hebat hebat ya. 

Drama Risik Pada Hati ini ada tiga watak utama which is Adam (Alif Satar), Hayfa (Ummi Nazeera) dan juga Aisya (Zara Zya). Aku malas nak berbunga bunga kita straight to the point jer la ya. 

Alkisahnya, Adam dengan Hayfa nih dah kahwin, bahagia nau nau dah rezeki dari segi kerjaya, wang semua ok tip top la jugak tapi rezeki anak belum ada. Disebabkan itu Hayfa merelakan cinta hati dia Adam berkahwin dengan Aisya dengan harapan suami yang dia sayang tuh mempunyai zuriat. 

Tipikal kan tapi yang menariknya, watak Aisha dalam drama nih bukan macam selalu kita tengok. Selalunya isteri kedua nih watak dia jahat nak rampas kebahagian orang kan. Tidak untuk Aisya, walau pun dia isteri kedua dia sangat sangatlah baik. Even masa mula mula tahu Adam nih suami Hayfa pun dia tak nak pun kahwin. 

Bila dah kahwin tuh memang tak leh lari dari dugaan. Baik untuk Adam, Aisya dan Hayfa masing masing ada dugaan yang dorang kena tanggung. 

Watak sampingan pun main peranan jugak! Ada watak yang aku suka, ada jugak yang menyakitkan hati sebab kerja nak menghasut orang jer padahal hidup sendiri pun huru hara. 

Sekarang ini dah episod 26. Tinggal lagi 2 episod sebelum tamat! Harapnya drama nih pengakhiran dia bestlah kalau tak sia sia jer aku dok layan dekat Disney Plus Hotstar haha. 

Post a Comment

0 Comments