Ticker

6/recent/ticker-posts

Lirik Lagu Mengusung Rindu - Haqiem Rusli, Tajul, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan (Penyanyi asal Spin)

Dulu waktu zaman aku muda kumpulan spin memang popular bethol! Banyak lagu lagu best yang dorang keluarkan. Antaranya adalah Janji Kita, Kasih Ibu, Hadirlah Mustika, Utusan Rindu dan banyak lagi kalau nak senaraikan dekat sini tapi kali ini aku nak fokus lagu Mengusung Rindu.

Lagu Mengusung Rindu ini dicover kembali pada tahun 2022 oleh 4 penyanyi muda menerusi FMC Music iaitu Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Tajul dan Zack Zakwan.

Tajuk Lagu : Mengusung Rindu 
Penyanyi  : Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Tajul dan Zack Zakwan
Lirik : Aminah Binti Abdul Rahman 
Komposer : Abd Hamid Bin Adnan

Lirik LaguHaqiem Rusli, Tajul, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan

Lirik Lagu Mengusung Rindu - Haqiem Rusli, Tajul, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan (Penyanyi asal Spin)

Dalam Hati Ini Ada Namamu
Nama Sorang Insan Yang Aku Rindu
Dalam Diri Ini Ada Sayangmu
Sayangnya Dirimu Tidak Mengerti

Dalam Senyum Ini Ada Tangisan
Tangisan Seorang Insan Terluka 
Dalam Jiwa Ini Ada Pilunya
Pilu Yang Membuat Aku Menangis
Oh Hibanya 2x

Sayu Hati Sayu Sekali 
Melihat Engkau Berpimpin Tangan Dengan Si Dia
Sakit Hati Sakit Sekali
Pabila Cinta Yang Aku Beri Tak Dihargai 

Sungguh Terhina Letih Tidak Bermaya
Rasa Terkilan Bunga Yang Ku Puja 
Kini Mekar Harum Di Jambangan Orang
Kau Yang Ku Sayang Aku Yang Kecundang

Kalau Tahu Sakit Begini 
Tidak Ku Bermain Cinta
Kalau Tahu Siksa Begini
Tidak Aku Menyayangimu 

Pilu Resah Dihati Ini
Mengusung Rindu
Ku Tak Berdaya
Ooohhh..

Oohhhh...
Sayu Hati Sayu Sekali 
Melihat Engkau Berpimpin Tangan Dengan Si Dia
Sakit Hati Sakit Sekali
Pabila Cinta Yang Aku Beri Tak Dihargai 

Sungguh Terhina Letih Tidak Bermaya
Rasa Terkilan Bunga Yang Ku Puja 
Kini Mekar Harum Di Jambangan Orang
Engkau Yang Ku Sayang Aku Yang Kecundang

Kalau Tahu Sakit Begini 
Tidak Ku Bermain Cinta
Kalau Tahu Siksa Begini
Tidak Aku Menyayangimu 

Pilu Resah Dihati Ini
Mengusung Rindu
Ku Tak Berdaya

Dalam Senyum Ini Ada Tangisan
Tangisan Seorang Insan Terluka 
Dalam Jiwa Ini Ada Pilunya
Pilu Yang Membuat Aku Menangis
Oh Hibanya 2x

Kalau dengar lagu zaman zaman dulu lirik dia memang betul betul hiba guys hehe. Dia macam tersirat gituh kan contohnya macam rasa terkilan bunga yang ku puja kini mekar harum di jambangan orang. Lagu sekarang tak banyak yang buat lirik lagu yang macam nih. betul tak? 

Post a Comment

0 Comments