Ticker

6/recent/ticker-posts

Rindu Nak Lepak Makan Dekat Krabi Tapi Bukan Di Thailand | Krabi Tom Yam

Rindu Nak Lepak Makan Dekat Krabi Tapi Bukan Di Thailand | Krabi yang aku nak citer dekat korang hari nih bukan dekat thailand tapi dekat Bandar Sri Permaisuri. Kedai tom yam la kalau korang nak tahu haha. Nama kedai dia Tomyam Krabi.



Kedai Tom Yam Krabi ini berada di Foodcourt Bandar Sri Permaisuri. Kalau datang lepak sini malam malam memang meriah betul. Ramai manusia yang singgah makan sebab ada banyak kedai makan kan. Nama pun foodcourt tak gituh?

Dulu masa duk KL kawan kawan aku stay area bandar sri permaisuri nih. Kalau keluar makan sini jerlah tempat lepak yang selalu kitorang pergi. Lepas masing masing dah pindah pun tetap datang sini jugak haha. 

Yang suka makan seafood tuh memang wajib la order tomyam krabi dekat sini sebab macam macam ada dalam tom yam tuh. Dorang letak seafood macam ketam, lala, udang, sotong pastuh ikan pun ada tau. 



Terliur baq hang bila tengok balik kuah tomyam dia! Aku pulak kalau makan tomyam kat sini order tomyam ayam atau daging jer la sebab seafood nih kurang sikit. Udang pun aku malas nak kopek ini kan pula ketam haha. 

Selain makan tomyam yang sedap mestilah order air mangga! Mangga pulak favorite aku memang A plus la. 



Puas hati kalau datang foodcourt bandar sri permaisuri nih tapi yang tak syoknya parking la. Kalau ramai sangat terpaksa parking jauh sikit dari foodcourt. Korang kalau duduk area KL tapi tak pernah datang bolehlah singgah makan dengan kawan kawan or family or sorang sorang pun takpa yang penting perut kenyang kihkih.

Post a Comment

0 Comments