Ticker

6/recent/ticker-posts

Salah Beli Kuih, Ingatkan Onde Onde Tapi Rupa Rupanya Ulat Bulu!

 Salah Beli Kuih, Ingatkan Onde Onde Tapi Rupa Rupanya Ulat Bulu! | Tadi tak tahu kenapa aku rajin sangat nak kemas bilik sampai terlupa nak keluar beli air untuk berbuka puasa. Kalau korang nak tahu kalau puasa aku mesti beli air lemon herbs dekat satu kedai air yang dekat dengan rumah (Dekat tuh takdelah dekat sangat sebab kena drive. kalau jalan kaki boleh pengsan aku hahaha).

Disebabkan nak jugak air tuh aku gigih pergi beli walau pun dah agak lewat. Alhamdulillah air lemon herbs tuh masih ada. Sambil tunggu dorang bungkus air tuh aku ternampak ada beberapa jenis kuih yang dorang jual. Kat rumah takde kuih jadi aku pun beli la satu.

Tengok jam dah nak dekat waktu berbuka, so aku pun ambil jer la kuih yang nampak macam onde onde tuh tapi bila sampai rumah baru betul betul tengok kenapa rupa dia lain macam dari onde onde yang biasa. 

Bila tanya mak aku dia cakap yang aku beli tuh kuih ulat bulu. To be honest first time kot aku dengar pasal kuih ulat bulu nih. Terus aku google tengok gambar! Memang sebijik dengan apa yang aku beli. 


Adalah jugak macam ulat bulu kan hehe. Tapi bukan sebarang ulat bulu ya sebab rasa dia boleh tahan sedap jugak. Kalau kita makan onde onde inti gula melaka kan tapi ulat bulu nih inti kacang merah. Korang pernah tak makan kuih ulat bulu nih? ke korang sama je macam aku first dengar and first time makan. hehe!

Post a Comment

0 Comments