Ticker

6/recent/ticker-posts

Apa Nak Buat Bila Tercekik Tulang Ikan?

Kalau Tercekik Tulang Ikan. Apa Nak Kena Buat? | Korang pernah tak tercekik tulang ikan bila makan? Kalau pernah jadi, apa yang korang buat? Kalau dibiarkan memang kita akan rasa tak selesa dan sakit sewaktu nak telan makanan atau minuman. 


Aku nak berkongsi pasal tercekik tulang ikan ini sebab  dua tiga hari lepas baru jer terjadi dekat diri sendiri. Macam mana boleh jadi? 

Cerita dia macam ini.

Mak aku masak ikan goreng celup tepung. Maklumlah bulan puasa tak sah kalau tak makan ikan celup tepung kan. Waktu makan tuh memang khusyuk tak ingat dunia sampai tak perasan termakan tulang sekali.

Awalnya tak rasa apa apa tapi lama lama tuh rasa sakit bila minum air tapi bukan rasa sakit kat dalam tekak tapi dekat bahagian tonsil bahagian kiri. 

Tak tahu macam mana nak buat. 

Salah satu petua nak keluarkan tulang ikan yang tercekik dalam bahagian mulut adalah dengan makan kepalan nasi atau pun pisang. 

Pisang tak ada! 

Jadi, kita cuba dengan nasi tapi malangnya tak menjadi sebab sakit masih ada tapi bukan setiap masa. Lepas berbuka puasa tadi aku cuba lagi keluarkan dengan jari sebab tulang ikan tuh tersangkut dekat bahagian tonsil. Kiranya jari aku masih boleh capai dekat bahagian tuh.

Cuba punya cuba alhamdulillah tulang ikan tuh berjaya dikeluarkan dengan jayanya. 

Syukur sangat sangat weh!

Tapi korang, nasihat aku kalau korang cuba keluarkan dengan kepalan nasi atau pisang tak jalan pergi jer klinik terus sebab takut nanti guna jari boleh buatkan bahagian dalam mulut korang terluka. Kalau terlekat atau sangkut dekat tonsil insyaAllah doktor boleh keluarkan jer tapi kalau sangkut dalam tekak yang dalam memang kena rujuk dengan pakar. Risau jugak kalau biar nanti lain jadinya. 

Aku ada jumpa satu thread dekat twitter pasal Tercekik tulang nih dari Dr Mohd Shaiful Nizam. Korang boleh refer dekat bawah. 

Doktor Shaiful ada kongsikan gejala, rawatan dan juga apa yang korang perlu buat bila ada kejadian tercekik tulang berlaku dekat diri sendiri atau orang yang terdekat. Semoga entry kali nih membantu korang yang tercekik tulang ya sebab sesungguhnya memang tak best bila tercekik tulang. 

Post a Comment

0 Comments