Ticker

6/recent/ticker-posts

Selamat Tinggal Sardin Gulung, Hai Roti Goreng Inti Kacang Sedap

Selamat Tinggal Sardin Gulung, Hai Roti Goreng Inti Kacang Sedap | Salam PKP warganet sekalian, Aku sekarang nih rasa  lemau macam biskut merry dalam tin yang tak tutup rapat tuh. korang paham maksud aku kan? Bukan apa, Pagi tadi aku bangun awal nak buat video untuk youtube tapi hujung hujung satu apa tak jadi. 

Tapi demi nak bersembang dengan korang aku sanggup menaip sambil pejam mata haha. Aku nih kalau boleh semua benda nak citer dengan korang. Hari nih nak cakap pasal kuih. hehe! Dekat blog aku korang kena hadap pasal makanan je la lol.

Nak dijadikan cerita, aku dah move on dari kuih sardin gulung tuh dan sekarang nih aku beralih kepada roti goreng! Jiran aku nih kiranya memang pro buat kuih tau, jadi macam macam kuih dia buat. 

Mak aku pulak jadi orang tengah, kalau jiran jiran lain nak order kuih dorang akan bagitau mak aku. Esoknya kuih akan dihantar ke rumah aku and jiran yang order datang la amek pagi pagi. 

Berbalik kepada roti goreng, biasanya akan ada dua perisa! Satu kacang and satu lagi kelapa tapi biasanya yang ada inti kacang la. 

Roti Goreng di Kelantan

Inilah roti goreng tuh guys! Harga dia RM2 untuk lima biji roti goreng. Dalam gambar ada empat jer sebab satu lagi dah selamat masuk dalam perut. Jadi, aku amek terus gambar takut nanti tinggal pinggan je nak amek gambar apa kan haha.

Roti Goreng Sedap

Bagi aku lima biji untuk RM2 sangat sangat murah! Korang takkan boleh dapat roti goreng dengan harga semurah nih dekat luar sana especially KL tapi dekat KL ada ke kuih macam nih? Selalunya yang ada roti gulung sardin, karipap, burger malaysia macam tuh jer. Ikut pengalaman aku sendiri la. korang aku tak tahulah pernah jumpa ke tak.

Post a Comment

0 Comments