Pengalaman Penginap di Hotel Kapsul dengan harga RM1 sahaja | Best ke tak?

hotel kapsul murah di kl, hotel murah di kuala Lumpur, capsule hotel in kuala lumpur, cheap hotel to stay in kuala lumpur, hotel murah KL, Hotel murah dan selesa, hotel murah area berjaya times square
Penginap di Hotel Kapsul dengan harga RM1 sahaja | Best ke tak? | Hai korang! Untuk kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku stay dekat hotel kapsul dengan harga yang sangat OMG! Aku pun tak percaya yang aku bayar RM1 jer untuk stay dekat situ.


Hotel apa yang aku maksudkan? Jawapannya adalah Sim Hotel Kuala Lumpur. Well, obviously bukan hotel lima bintang yang fancy tapi bila dapat duduk dekat kapsul hotel dengan harga murah memang excited jugaklah kan. 

Aku dah check sendiri harga hotel ini dekat Agoda dan juga Booking.com, ternyata harga normal yang korang perlu bayar untuk menginap satu malam sangat berbeza. Korang boleh refer gambar dekat bawah ini.

credit to agoda.com

credit to Booking.com
Berbeza gila kan tapi tetap tak boleh dapat harga semurah RM1! Macam mana aku boleh menginap dengan harga macam tuh? 

Jawapannya adalah OYO! Aku tak pastilah korang semua familiar ke tak dengan aplikasi OYO nih. Nak dijadikan cerita, aku pernah daftar OYO nih tahun lepas untuk book satu hotel dekat area Kuala Lumpur. Aku suka guna OYO sebab dalam aplikasi ini ada banyak hotel yang murah dan mampu bayar. Memang sesuailah untuk orang macam aku nih haha.

Bila dah daftar dengan OYO, dorang akan selalu hantar newsletter atau promosi promosi yang dijalankan. Dari situlah aku ternampak satu email dari OYO yang cakap aku boleh stay dekat hotel dengan harga RM1. At first aku musykil jugaklah sebab tak logik kau nak bagi customer duduk dekat hotel dengan harga macam tuh. betul tak?

Aku pun apa lagi, buka aplikasi OYO dan cari hotel area KL yang boleh dapat dengan harga RM1 dan sedihnya cuma ada satu hotel sahaja yang boleh aku stay which is Sim Hotel Kuala Lumpur. Aku tengok gambar hotel dia nampak macam best jadi aku cubalah book untuk tengok kesahihannya. 

Guess what guys? Payment went through dan booking confirmation pun aku dapat melalui email. Maka dengan itu aku pun pergilah menginap dekat sana. Nak tahu best ke tak? Berbaloi ke tak? Jom teruskan pembacaan korang.

Sim Hotel Kuala Lumpur

Lokasi Sim Hotel Kuala Lumpur ini memang strategik gila sebab berada dekat dengan Berjaya Times Square (Belakang Berjaya Times Square) dan public transportation iaitu Monorel Imbi. Jadi, kalau korang nak stay dekat hotel ini memang senanglah nak pergi mana mana. Kalau jalan kaki dari Monorel Imbi ke hotel, korang akan ambil masa dalam 7 minit untuk sampai. 


Sim Hotel Kuala Lumpur
107-2, Jalan Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Contact Number : 03-2301 1466

Macam nih rupa pintu masuk ke Sim Hotel Kuala Lumpur.  Lobby terletak ditingkat dua jadi korang kena naik tangga la ya. Exersice sikit sekali sekala tak salah kan hehe. Gambar lobi aku tak ambil pula untuk share dengan korang tapi apa yang aku boleh cakap lobi dia biasa biasa jer. Jadi korang jangan expect lebih lebih pulak.




Once korang dah masuk, macam nih rupa dia. Dalam satu bilik ini ada dalam 12 kapsul (Kalau tak silap aku la). Masa book tuh aku lupa nak mention yang aku nak kapsul yang dekat bawah sebab risaulah kan takut kapsul dekat atas tak dapat nak tampung aku haha tapi syukur aku dapat kapsul dekat bawah. 


Mempersembahkan! Inilah bilik kapsul yang aku stay tuh! Nampak cantik bagi aku dan paling penting aku rasa secure sebab kapsul ini ada access card untuk lock pintu kapsul. Kalau tidur tuh rasa macam free dan selesa la sikit untuk move around. 




Bilik kapsul nih ada lampu warna biru macam nih guys. So, kalau korang nak feeling feeling ala tidur dekat angkasa lepas boleh la pasang haha. Kalau tak berapa suka boleh guna lampu cermin tuh jer. selain lampu, korang boleh guna controller untuk charge phone sebab ada power adapter dan usb port. Safebox pun ada incase kalau korang nak simpan apa apa item yang valueable.



Oh ya, dalam ini ada reading light dan meja kecil untuk korang guna. Let say korang nak buat kerja apa apa, nak guna laptop ke senang. Untuk safety, dorang juga ada letak flame fighter dalam kapsul nih incase kalau jadi apa apa. Untuk keselasaan, dorang bagi dua bantal dan satu selimut yang sangat best.





Basically kalau korang stay dekat Sim Hotel Kuala Lumpur, inilah antara kemudahan yang korang dapat. Untuk tandas dan bilik air obviously korang kena sharelah. Dekat hotel ada dorm mixed lelaki perempuan dan ada dorm untuk perempuan sahaja. Jadi, untuk perempuan kalau nak stay sini make sure korang book yang dorm perempuan sahaja la ya. kalau nak book yang mixed pun boleh tuh pun kalau korang selesa la.

Sekarang aku nak share pasal pengalaman pulak!

Macam yang korang tengok, kapsul dalam dorm nih dua tingkat. Aku dapat yang bawah, Jadi mengikut pengalaman aku memang tak ada masalah apa apa. Nak pusing kiri ke kanan ke tak ada masalah tapi yang jadi masalahnya kalau korang dapat tingkat atas.

Kebetulan pada hari aku menginap, satu dorm tuh penuh! Bila orang ada guest move around memang kapsul tuh buat bunyi "nyekk nyek" gituh haha. Masalah bunyi berlaku mungkin disebabkan oleh material kapsul tuh sendiri. Bagi aku, tuh bukan masalah besar pun sebab aku masih lagi boleh tidur dengan nyenyak hehe.

Lagipun harga untuk menginap dekat Sim Hotel Kuala Lumpur nih murah kot. What do you expect kan betul tak? 
LihatTutupKomentar