Makan Ayam goreng di Wingstop MyTown KL

ayam goreng sedap, jalan jalan cari makan, tempat makan best di kl, makan makan di MYTOWN KL, tempat makan ayam goreng sedap,
Minggu lepas aku ada attend event dekat area bukit bintang. Lepas dah settle, aku plan nak balik rumah terus tapi tuhlah aku nih biasanya kalau plan apa apa mesti kelaut punyalah. Last last pergi Lepak Mytown dengan kawan aku. 

Masa tuh awal lagi tau, so kitorang makan dekat foodcourt dulu sambil bercerita pasal kisah hidup haha. Lama jugaklah borak sampai kitorang lapar balik and decide untuk pergi makan dekat Wingstop. 

To be honest, aku tak pernah makan dekat situ tapi kawan aku cakap ayam dia sedap and harga pulak memang murah sikit berbanding dengan tempat lain. Sebelum masuk kedai tuh aku tengok la menu dorang dulu and guess what? betul weh memang berpatutan harga dia.


Inilah rupa kedai dia korang. Kalau dekat MyTown, Wingstop nih dekat tingkat satu. Memang senang je nak cari. By the way, dekat sini kalau order makanan kena guna tablet yang dorang sediakan. Self service katanya. 


Apa yang kitorang order? Dalam menu dorang ada pilihan ala carte dan juga combo. Jadi, kitorang decide untuk ambil combo sebab lengkap dengan minuman dan side sekali. Tak naklah makan ayam je kan. Jom tengok kitorang order apa.


Kitorang ambil combo yang berharga RM32.95 sen. Haaa, dengan sen sen sekali aku bagitau korang ok. Dalam combo ini ada 12pcs ayam (4 Flavors), 2 pilihan sides dan 2 pilihan minuman. Memang berbaloilah bagi aku dengan harga dia macam tuh kan.

Ayam goreng tuh kan boleh pilih 4 flavors. Bestlah sebab boleh rasa banyak perisa instead of satu je kan. Dorang ada sediakan banyak pilihan perisa tau. Korang boleh refer dekat gambar bawah nih. Sempat juga aku ambilkan untuk share dengan korang.


Untuk sides pulak kitorang pilih regular signature fries dan Coseslow. Kalau korang tak berapa suka fries atau pun coseslow ada lagi beberapa choices macam onion ring dan juga frangrant coconut rice yang boleh korang cuba. Untuk minuman pulak kitorang pilih ice lemon tea

Kalau korang dah pernah try wingstop nih please share dekat komen flavors atau perisa apa yang paling best untuk dicuba sebab aku nak try sendiri nanti sebab masa kitorang pilihan aritu kitorang tak sure which is which haha. Ok korang! Thank you so much for dropping by. See you guys again dalam entry akan datang ya.
LihatTutupKomentar