Tuesday, April 30, 2013

Makan Makan @ Murni Discovery

Part yang paling best bila blogging adalah sharing pasal makanan.hehe.Semua orang suka makan dan semua orang perlukan makanan.gituh kan.Jadi, untuk entry kali ini aku nak share dengan korang semua berkenaan dengan satu restoran yang dikenali dengan nama "Murni Discovery".

google sahaja pasal restoren ini, aku tengok banyak review entry daripada blogger blogger yang pernah ke sana. mana tidaknya, restoren ini ada banyak cawangan. Murni Discovery terletak di enam lokasi berbeza iaitu di USJ, SS2 Petaling Jaya, Kepong, Bukit Jalil, Aman Suria dan Mentari Petaling Jaya.


Makan malam yang tidak dirancang, aku tak pernah tahu pasal restoren ini. My Brother in law dengan my sister decided to have dinner dekat luar and bawa aku ke restoren Murni Discovery di USJ. Bila dapat menu, aku macam Ohmaigoodness..Tebal gedabak.. Pelbagai jenis menu yang ada dan yang paling menarik nama minuman dan makanan semuanya cute cute. contohnya I love you, I miss you, Teh tarik terapung, Nasi goreng meletop, roti beckham dan lain lain.



Service dekat Murni Discovery sangat terbaik sebab tak perlu tunggu lama untuk dapatkan makanan walau pon ramai customer. Pilihan makanan memang banyak giler, nak indian? malay? Chinese?Western?Italian? Semua ada.hehe.



Malam tuh kitorang order empat jenis makanan. Chicken Chop, Nasi Goreng Kongking, Nasi Goreng Ayam pandan dan juga Nasi goreng maryland. portion dia memang boleh buat korang kenyang habis habisan lebih lebih lagi Nasi goreng maryland, Dua orang makan pon still ok.hehe.



korang boleh directly ke page Murni Discovery di facebook untuk dapatkan maklumat yang diperlukan seperti alamat restoren dan menu menu yang ada di sana. Kalau ada masa tuh korang bolehlah ke mana mana cawangan untuk cuba sendiri ok.

Facebook : Murni Discovery

Wednesday, April 24, 2013

Trailer KIL

Sambil sambil blogging, sambil sambil tengok cerita Man Sewel Datang KL. Yup.Man Sewel beria sangat and giler excited dapat jejakkan kaki kat KL.Tapi lain pulak ceritanya dengan aku. Tak lama lagi aku akan move out dari rumah sewa dekat kampung baru tuh and akan balik ke kampung for a very long time.

Dan pastinya aktiviti blogging akan tergelenda buat sementara waktu. But its okey.sementara saje kan.mana boleh tinggalkan blogging selamanya.tak gituh? Untuk entry kali nak share pasal movie yang akan ke panggung tidak lama lagi. Filem tersebut bertajuk KIL dan bakal ditayangkan di pawagam pada 30 mei 2013 akan datang. Filem ini dibintangi oleh Redza Minhat and juga Cristina Suzanne.


.Official Trailer.

Bila tengok trailer ini, aku rasa cerita ini lain..bukan macam tipikal movie yang selalu kita tengok. so far, Trailer filem ini baru sahaja di upload oleh Grand Brilliance pada 22 April yang lepas dan pada hari ini official trailer KIL sudah ditonton lebih dari 8000 kali.


Hopefully ianya akan success dan yang pasti aku akan menonton filem ini. Jom like page KIL di facebook ramai ramai and bagi support untuk filem ini. Korang boleh Klik SINI untuk ke page mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...