Drama Dia Imamku
Tonton Drama Dia Imamku, Pelakon Drama Dia Imamku, Sinopsis Drama Dia Imamku, Drama baru Astro 2025,
Dia Imamku adalah sebuah drama melayu terbaru yang akan menemui penonton di kaca televisyen tidak lama lagi. Drama Dia Imamku ini akan ditayangkan di Astro menerusi saluran Astro Ria pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10:00 malam bermula Februari 2024.
Untuk pengetahuan semua, Drama ini diadaptasi daripada sebuah novel karya Siti Rosmizah dengan tajuk yang sama iaitu Dia Imamku.
BERITA TERKINI : Fasha Sandha Kembali Dengan Drama Baru Di Astro bertajuk Dzikir Bersama Fikry Ibrahim, Keith Foo Dan Ramai lagi!
Jangan bimbang sekiranya tidak sempat menonton Dia Imamku di kaca TV. Korang boleh strim drama ini di laman sesawang atau aplikasi ASTRO GO bila bila masa dan di mana sahaja korang berada! Jadi korang tidak akan terlepas mana mana episod yang best.
Info Lengkap Drama Dia Imamku Di Astro
Drama Dia Imamku dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Siti Saleha, Kamal Adli, Zara Zya dan ramai lagi. Untuk pengetahuan korang, Drama Dia Imamku diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd.
Untuk senarai penuh pelakon dan nama nama watak yang dibawakan mereka menerusi drama Dia Imamku, korang boleh rujuk jadual yang aku kongsikan dibawah ini.
No. | Pelakon | Watak |
---|---|---|
1 | Siti Saleha |
Cempaka Humairah |
2 | Kamal Adli | Amiruddin |
3 | Haneesya Hanee |
Dahlia |
4 | Zara Zya |
Lily |
5 | Imam Shah |
Rafiq |
6 | Khatijah Tan |
Nenek Bunga |
7 | Fikhree Bakar |
Amar |
8 | Fazlina Ahmad Daud |
Datin Orkid |
9 | Muaz Fitri |
Azman |
10 | Balkisyh Semundur Khan |
- |
11 | Fiza Thomas |
Hasnah |
12 | Amy Nur Tinie |
Rafizah |
13 | Lia Natalia |
- |
14 | Sharleen |
- |
15 | Farhan Asri |
- |
*Akan Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa
Info Ringkas Tentang Drama Dia Imamku
Tajuk Drama : Dia Imamku
Saluran : Astro
Tarikh Tayangan : Dijangkakan pada Februari 2025
Waktu Tayangan : Setiap hari isnin hingga khamis, 10:00 malam
Pengarah : Feroz Kader
Terbitan : SR One Sdn Bhd
BERITA TERKINI : Rita Nadira Kembali Dengan Drama Baru TV3 Dhia Kasyrani!
Sinopsis Drama Dia Imamku
Drama ini mengisahkan tentang gadis bernama Cempaka Humairah yang mempunyai perasaan benci kepada cucu angkat neneknya yang bernama Amiruddin, seorang lelaki kampung yang dipandang sebelah mata.Mereka berdua masing masing sudah mempunyai kekasih hati, Humairah bersama Rafiq dan Amiruddin pula bercinta dengan Dahlia. Pada suatu hari Amiruddin menyelamatkan Humairah jadi kecelakaan tetapi malangnya Rafiq tidak mempercayainya dan menuduh Humairah berlaku curang.Kejadian tersebut menyebabkan Amiruddin dan Humairah berkahwin demi maruah Humairah dan keluarga.