Lirik Lagu Nikmat Raya - Ammar Nobita dan Damia

Lirik lagu Nikmat Raya Ammar Nobita dan Damia, lagu baru Ammar Nobita, Lagu Raya best 2024, lagu best, lagu Raya baru 2024, Lagu melayu baru Mac 2024
Lirik Lagu Nikmat Raya - Ammar Nobita dan Damia | Dalam Segmen Lagu kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang lagu raya baru dari Ammar Nobita Dan Damia yang bertajuk Nikmat Raya.


Untuk pengetahuan semua, lagu raya baru bertajuk Nikmat Raya nyanyian Ammar Nobita bersama Damia dihasilkan oleh Farez Asmadi, Jebat Asmara, Ku Yen dan Rudy Nastia.

Official Music Video untuk lagu Nikmat Raya sudah pun dimuatnaik di youtube sejak 12 Mac 2024 lagi. Sekiranya korang berminat untuk menontonnya boleh ke youtube channel Rusa Music sekarang. 

Buat korang yang nak nyanyi sama sama lagu Nikmat Raya boleh rujuk lirik lagu yang aku kongsikan dekat bawah.

Poster Gambar Ammar Nobita dan Damia

Lirik Lagu Nikmat Raya - Ammar Nobita dan Damia

Dari Jauh Ku Terdengar
Sayup Indahnya Suara
Gema Takbir Malam Hari Raya
Yang Mulia 

Hening Pagi Ku Gembira
Nikmat Senyum Ayah Bonda
Saudara Berkumpul Oh Riangnya

Rindu Hati Tak Terkira
Kenang Indahnya Bersama
Teman Rakan Taulan
Pun Bersama Meraikan

Pagi Indah Hari Raya
Ampun Dan Maaf Dipinta
Hapuskan Dosa Sesama Kita

Sebulan Sudah Kita Berpuasa
Ini Masa Kita Raikannyalah Bersama
Anak Kecil Tak Sabar Lari Sini Sana
Bunga Api Menambahkan Rasa Gembira

Dari Jauh Ku Terdengar
Sayup Indahnya Suara
Gema Takbir Malam Hari Raya
Yang Mulia 

Hening Pagi Ku Gembira
Nikmat Senyum Ayah Bonda
Saudara Berkumpul Oh Riangnya

Sebulan Sudah Kita Berpuasa
Ini Masa Kita Raikannyalah Bersama
Anak Kecik Tak Sabar Lari Sini Sana
Bunga Api Menambahkan Rasa Gembira

Hati Sayu Dapat Pulang Bersama
Meraikan Lebaran Bersama Yang Tercinta
Riuh Rendah Suasana Di Malam Raya
Dapat Berkumpul Semua Sanak Saudara
Okay guys! macam mana dengan lagu raya dari Ammar Nobita dan Damia nih? Syahdu betul bila dengar lagu raya ini sebab dia macam sedih sikit. Tak sabar pulak rasanya nak raya padahal sewaktu artikel ini dikongsikan baru dua hari puasa haha. Apa pun nanti akan ada banyak lagi lagu raya baru jadi jangan lupa semak senarai penuh lagu raya 2024 okay!
LihatTutupKomentar