Lirik Lagu Kabus - Achey, Baby Feaaa

Lirik lagu Kabus Achey dan Baby Feaaa, lagu baru Achey, Lagu best 2024, lagu best, lagu baru 2024, Lagu melayu baru Februari 2024
Lirik Lagu Kabus - Achey, Baby Feaaa | Dalam Segmen Lirik Lagu kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang lagu baru dari Achey dan Baby Feaaa yang bertajuk Kabus. 


Untuk pengetahuan korang, Komposer dan penulis lirik untuk lagu Kabus nyanyian Achey dan Baby Feaaa adalah Achey sendiri.

Official Music Video untuk lagu Kabus sudah pun dimuatnaik ke youtube channel sejak 23 Februari 2024 dan sekiranya korang berminat untuk menontonnya boleh ke youtube channel Seventeen Eleven Music sekarang. 

Untuk peminat lagu ini yang berminat untuk nyanyi sama sama boleh rujuk lirik lagu Kabus dibawah.

Poster Achey dan Baby Feaaa untuk lagu Kabus

Lirik Lagu Kabus - Achey, Baby Feaaa

Kabus Hampir Menutup Pandangan Mata Ini
Hampir Menutup Laluan Hidup Ini
Kemanakah Kan Ku Bawa
Kasih Sayang Yang Tercalar 
Adakah Insan Terima 

Tidak Pernah Aku Sangka
Ianya Berubah
Adakah Ini Mulanya
Atau Penamatnya
Aku Redha Dan Percaya
Perjalanan Diberikan
Dalam Tidur Dan Terjaga

Disaat Mentari Muncul
Menggantikan Malam Yang Gelap
Ibaratnya Diri Kamu
Yang Hadir Saat Ku Perlukan

Kau Tiba Menghidupkan 
Kasih Sayang Hampir Terbenam
Mengajarkan Aku Apa Erti Bahagia

Tidak Pernah Aku Sangka
Ianya Berubah
Adakah Ini Mulanya
Atau Penamatnya
Aku Redha Dan Percaya
Perjalanan Diberikan
Dalam Tidur Dan Terjaga

Saat Mentari Muncul
Menggantikan Malam Yang Gelap
Ibaratnya Diri Kamu 
Yang Hadir Saat Ku Perlukan

Kau Tiba Menghidupkan 
Kasih Sayang Hampir Terbenam
Mengajarkan Aku Apa Erti Bahagia
Aku rasakan Achey ini kena buat banyak lagu la. Kalau bukan untuk dia sendiri pun buat untuk orang lain juga sebab lagu lagu yang dibuat best. Salah satu contohnya adalah lagu sakit yang dikelaurkan pada tahun 2019. Best lagu tuh boleh cecah sampai 40 Juta tontonan. Aku harap lagu Kabus ini pun akan berjaya macam lagu tuh sebab best kot.
LihatTutupKomentar