Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Februari 2024

Filem melayu di pawagam 2024, senarai filem melayu best, filem melayu di pawagam Februari 2024, filem melayu baru 2024, filem best 2024

Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Februari 2024 | Untuk artikel kali ini, Aku nak kongsikan dengan korang semua tentang senarai filem melayu yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan Februari 2024.

Baca Juga : Senarai Penuh Filem Baru Tayang Pada Bulan Januari 2024

Baca Juga : Senarai Penuh Filem Melayu Baru Akan Datang Tahun 2024

Pada bulan Januari 2024, Kita dihidangkan dengan beberapa filem melayu yang menarik untuk ditonton seperti Anak Perjanjian Syaitan dan juga Pendekar Awang : Darah Indera Gajah. 

Macam mana pula dengan bulan Februari 2024?

Poster Filem Waruga dan Janna Endoro Tayang Februari 2024

Antara filem yang korang boleh tonton pada bulan dua iaitu februari 2024 adalah Waruga, Janna Endoro dan juga Tan-Ti-Ana.

Buat masa sekarang hanya ada tiga filem melayu yang akan disiarkan tetapi sekiranya ada sebarang penambahan, aku akan masukkan ke dalam senarai untuk rujukan semua pembaca arepnakbebel.com.

Senarai Filem Melayu Di Pawagam Malaysia Pada Bulan Februari 2024

Filem Waruga

Waruga merupakan sebuah filem arahan Arazomi Mohd Ghozali dan diterbitkan oleh D'Ayu Pictures Sdn Bhd. Filem Waruga (Kutukan Ilmu Hitam) ini dibintangi oleh beberapa pelakon hebat tanah air seperti Zahiril Adzim, Ruminah Sidek dan Elvina Mohamad. 

Poster Filem Waruga dan tarikh tayang filem waruga februari 2024

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 15 Februari 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem ini boleh ke Youtube Channel xxx.

Baca Juga : Info lengkap tentang Filem Waruga - Kutukan Ilmu Hitam

Filem Janna Endoro

Filem arahan Sham Jr ini diterajui oleh pelakon wanita Trisha Ooi yang memegang watak sebagai Janna dan turut dibantu oleh beberapa pelakon lain seperti Wan Hanafi Su dan Pekin Ibrahim. 

Poster Filem Janna Endoro dan Tarikh tayangan filem Janna Endoro 22 Februari 2024

Filem yang berjudul Janna Endoro ini akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 22 Februari 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem ini boleh ke Youtube Channel Double Channel Sdn Bhd.

Baca juga : Info lengkap filem Janna Endoro

Filem Tan-Ti-Ana

Satu lagi filem melayu yang akan ditayangkan pada bulan Februari 2024 adalah Tan-Ti-Ana arahan Rosdi Md Dali Fdam. Filem ini dilakonkan oleh beberapa orang pelakon termasuklah Allahyarham Abam Bocey. 

Filem Tan-Ti-Ana akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 29 Februari 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer rasmi filem Tan-Ti-Ana boleh ke Youtube Channel xxx.

Baca juga : Info lengkap Filem Tan-Ti-Ana

No.Tajuk FilemGenreBahasaTayangan
1
Waruga

Melayu 15 Februari 2024
2Janna Andoro
Melayu22 Februari 2024
3Tan-Ti-Ana
Melayu29 Februari 2024
4
-
---
5
-
---

*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi, ianya berkemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut tayangan rasmi panggung wayang di Malaysia.

Berikut adalah antara filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Februari 2024. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua terutama sekali buat peminat dan penyokong filem melayu kita. 

LihatTutupKomentar