Senarai Drama Korea Baru Yang Best Dan Menarik Bulan Januari 2024

Senarai drama korea baru 2024, drama korea best Januari 2024, Tonton drama korea baru 2024, drama korea wajib tonton, Best Kdrama january 2024, Kdrama
Senarai Drama Korea Baru Yang Best Dan Menarik Bulan Januari 2024 | Seperti biasa, Setiap bulan kita akan dihidangkan dengan beberapa drama korea baru dengan pelbagai genre seperti komedi, misteri, thriller, fantasi dan banyak lagi. 

Buat peminat drama korea diluar sana, korang mesti tak sabar nak tahu senarai drama korea yang best dan menarik untuk ditonton pada bulan januari 2024. Betul tak? 


Untuk bulan bulan januari 2024 ada beberapa drama korea yang korang boleh tonton contohnya Marry My Husband, Death's Game Part 2, Gyeongsong Creature dan banyak lagi. Senarai penuh drama korea baru yang bakal ditayangkan untuk bulan Januari 2024, aku kongsikan menerusi jadual dibawah. 

Senarai Drama Korea Baru Yang Best Dan Menarik Bulan Januari 2024

No. Tajuk Drama Tarikh Tayangan Saluran
1
Marry My Husband
01 Januari 2024
  • Prime Video
  • TvN
2 Love Song For Illusion 03 Januari 2024
  • VIU
  • KBS2
3 Gyeongseong Creature PART 2 05 Januari 2024
  • Netflix
4
Death's Game PART 2
05 Januari 2024
  • Prime Video
  • TVING
5 Knight Flower 12 Januari 2024
  • MBC
6 A Shop For Killers 17 Januari 2024
  • Disney Plus Hotstar
The Bequeathed
19 Januari 2024
  • Netflix
LTNS
19 Januari 2024
  • TVING
Captivating The King
21 Januari 2024
  • TvN
10 
In Cold Blood
22 Januari 2024
  • KBS2
11
Flex X Cop
26 Januari 2024
  • SBS
12
Doctor Slump
27 Januari 2024
  • Netflix
  • JTBC
13
Queen Of Divorce
31 Januari 2024
  • JTBC
*Sebarang perubahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

1. Drama Korea Marry My Husband


Kalau korang suka tonton drama korea yang bergenre revenge atau balas dendam, Marry My Husband adalah drama korea baru yang korang wajib tonton.  Drama ini dibintangi oleh Park Min Young, Lee Yi Young, Song Ha Yoon, Na In Woo dan ramai lagi.

Marry My Husband mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Kang Ji Won yang sudah berkahwin tetapi cintanya dikhianati suami dengan kawan baiknya sendiri. Paling menyedihkan lagi Kang Ji Won juga sedang berjuang melawan penyakit. Keadaan bertambah buruk apabila Kang Ji Won dibunuh oleh suaminya.

Menariknya selepas dibunuh, Kang Ji Won kembali hidup tetapi 10 tahun lebih awal dari masa sekarang dimana pada waktu itu dia masih belum berkahwin dengan suami yang telah membunuhnya. Selepas itu Kang Ji Won cuba untuk mengubah takdirnya.

2. Drama Korea Love Song For Illusion


Love Song For Illusion pula adalah sebuah drama korea yang berlatarbelakangkan zaman zaman dahulu dan ianya juga mempunyai elemen fantasi yang menarik untuk ditonton. Pelakon yang terlibat dalam menjayakan drama ini adalah Park Ji Hoon, Yeon Ye Ji sebagai teraju utama dan dibantu oleh beberapa pelakon lain seperti Ji Woo, Hwang Hee dan ramai lagi. 

Love Song For Illusion mengisahkan tentang Crown Prince Sajo Hyun (Park Ji Hoon) yang mempunyai dua personaliti berbeza. Personaliti pertama dikenali sebagai Crown Prince Sjo Hyun tetapi menyembunyikan identitinya. Dia bekerja sebagai fashion designer di sebuah butik.  

Personaliti yang kedua adalah Ak Hee.  Dia adalah seorang jejaka yang berpewatakan menarik membuatkan ramai gadis menyukainya tetapi dia tidak boleh menyentuh sesiapa, jika tidak dia akan mengalami sakit yang luar biasa.Dua personaliti ini  membuat perjanjian dimana mereka akan berkongsi tubuh badan selama 3 hari pada satu satu masa. 

3. Drama Korea Gyeongseong Creature PART 2


Mana peminat drama korea Gyeongseong Creature PART 1 yang pernah ditayangkan pada bulan december 2023? Korang tak perlu tunggu lama lama sebab PART 2 akan disiarkan pada bulan januari 2024. Drama ini dibintangi oleh  Park Seo Jung dan juga Han So Hee. 

Akan dikemaskini

4. Drama Korea Death's Game PART 2


Sama seperti Gyeongsong Creature, drama korea Death's Game juga akan dilanjutkan tayangannya untuk PART 2 bermula 5 Januari 2024 akan datang sebanyak 4 episod. Drama ini dibintangi oleh Seo In Guk, Park So Dam dan ramai lagi. 

Akan Dikemaskini

 5. Drama Korea Knight Flower


Satu lagi drama korea yang menarik untuk ditonton adalah Knight Flower atau dikenali juga dengan nama Night Blooming Flower yang diterajui oleh pelakon wanita yang dikenali ramai iaitu Lee Ha Nee. Drama ini juga turut dilakonkan oleh Lee Jong Won, Kim Sang Joong, Lee Ki Woo dan ramai lagi.

Drama Knight Flower mengisahkan tentang seorang wanita yang kematian suami selama 15 tahun dan mertuanya adalah dari keluarga bangsawan. Wanita yang dikenali dengan nama Jo Yeo Hwa ini hanya duduk di rumah sahaja pada siang hari tetapi bila tiba waktu malam dia akan keluar dan membantu orang sekeliling.

6. Drama Korea A Shop For Killers


Buat peminat Lee Dong Wook diluar sana, A Shop For Killers adalah salah satu drama baru yang dilakonkan oleh beliau. Drama ini juga turut dibintangi oleh beberapa pelakon lain seperti Kim Hye Jun, Seo Hyun Jun dan ramai lagi. 

A Shop For Killer mengisahkan tentang seorang kanak kanak yang kehilangan ibu bapanya sejak dari kecil lagi. Ibunya dibunh oleh ayahnya dan ayahnya pula membunuh diri sendiri sewaktu pengebumian neneknya. Selepas itu remaja tersebut dijaga oleh Pak Ciknya. 

Malangnya selepas kanak kanak tersebut dewasa dan mula hidup sendiri, Pak Ciknya pula meninggal dunia. Selepas itu, dia pulang kembali ke rumah yang dia pernah tinggal bersama pak ciknya dan dari situlah terbongkarnya identiti sebenar pak ciknya yang memiliki kedai misteri.

 7. Drama Korea The Bequeathed 


Coming Soon..
LihatTutupKomentar