Lirik Lagu Jangan Hilang Percaya - Ernie Zakri

Lirik lagu Jangan Hilang Percaya Ernie Zakri, lagu baru Ernie Zakri, Lagu baru best 2023, lagu best, lagu melayu baru 2023, Album Aura Ernie Zakri
Lirik Lagu Jangan Hilang Percaya - Ernie Zakri | Untuk segmen Lirik Lagu kali ini aku nak kongsikan dengan korang lagu terbaru dari Ernie Zakri yang bertajuk Jangan Hilang Percaya. Nampaknya Ernie Zakri juga mengeluarkan satu album baru yang mengandungi 10 buah lagu. Album ini diberi nama Aura dan salah satu lagu yang ada dalam album ini adalah Jangan Hilang Percaya.

Untuk pengetahuan korang semua, Komposer untuk lagu Jangan Hilang Percaya nyanyian Ernie Zakri adalah Syamel dan Jiwa manakala lirik pula ditulis oleh Syamel. Aku tak pasti akan ada Official Music Video atau tidak untuk lagu ini tapi kalau korang search dekat youtube dah ada audionya. Lepas tuh as pengguna Spotify, korang pun boleh dengar semua lagu yang di released melalui album Aura dekat sana. Dalam artikel ini aku kongsikan lirik lagu Jangan Hilang Percaya untuk korang nyanyi sama sama.

Poster Lagu Jangan Hilang Percaya

Lirik Lagu Jangan Hilang Percaya - Ernie Zakri

Mungkin Satu Saat Itu Hatimu Rapuh
Bersendiri Dicengkam Rasa Kecewa

Jangan Kau Pernah Hilang Percaya Dirimu

Biarkan Ia Berlalu
Usah Diratapi Kerna Sinar Kan Menanti
Teruskanlah Berlari
Jangan Pernah Kau Berhenti
Di Sini

Segala Yang Terjadi Jangan Kau Ratapi
Kerna Sempurna Hadir Setelah Usai Diuji

Jangan Kau Pernah Hilang Percaya Padamu

Biarkan Ia Berlalu
Usah Diratapi Kerna Sinar Kan Menanti
Teruskanlah Berlari
Jangan Pernah Kau Berhenti
Di Sini 

Benarkanlah Luka Itu
Hadapinya Bila Nanti Bahagia
Kita Manusia Biasa
Setia Dikejar Prasangka

Biarkan Ia Berlalu
Usah Diratapi Kerna Sinar Kan Menanti
Teruskanlah Berlari
Jangan Pernah Kau Berhenti
Di Sini
Lagu Jangan Hilang Percaya adalah Track nombor lapan dalam album Aura dari Ernie Zakri. Lagu Jangan Hilang Percaya ini agak sedih jugak kan korang tapi sebenarnya dia boleh bagi semangat untuk diri kita yang nak putus asa dalam hidup sebab lirik dia bagitahu kita untuk tidak bersedih dengan apa yang berlaku. Kita ini manusia biasa yang tak lari dari masalah tapi jangan risau one day akan ada pelangi selepas hujan. 
LihatTutupKomentar