Filem Syif Malam

Tonton Filem Syif Malam, Pelakon Filem Syif Malam, Sinopsis Syif Malam, Filem Baru Di Pawagam 2023
Filem Syif Malam | Filem Malaysia baru yang akan ditayangkan tidak lama lagi adalah filem bertajuk Syif Malam. Filem Syif Malam yang diarahkan oleh Fairus Anuar ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 7 Disember 2023.


Syif Malam merupakan sebuah filem terbitan Empire Film Solution Sdn Bhd dan juga Thinkerbell Studios Sdn Bhd. Filem Syif Malam dibintangi oleh ramai pelakon seperti Shah Kimin, Anas Ridzuan, Taqim Zaki, Zera Hariz, Riezman Khuzaimi, Ismeth Syah, Kamarul Eqifshah dan ramai lagi. 

Informasi Ringkas Tentang Filem Syif Malam

Tajuk Filem : Syif Malam
Saluran : Pawagam
Tarikh Tayangan : 7 Disember 2023
Waktu Tayangan : 
Pengarah : Fairus Anuar
Terbitan : Empire Film Solution Sdn Bhd dan Thinkerbell Studios Sdn Bhd
Pelakon : Shah Kimin, Anas Ridzuan, Taqim Zaki, Zera Hariz, Riezman Khuzaimi, Ismeth Syah, Kamarul Eqifshah dan ramai lagi

Sinopsis Filem Syif Malam

Filem Syif Malam menceritakan tentang sebuah bangunan pejabat yang mempunyai kisah mistik yang menakutkan. Cerita bermula apabila Ikmal, Mok dan Botak yang bekerja sebagai pereka grafik terpaksa menyiapkan kerja mereka sehingga lewat malam. Dari situlah kejadian mistik mengganggu mereka. Keadaan menjadi lebih parah apabila kawan mereka Brotai cuba untuk membantu tetapi situasi menjadi lebih kacau. 
LihatTutupKomentar