Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Disember 2023

Filem melayu di pawagam 2023, senarai filem melayu best, filem melayu di pawagam Disember 2023, filem melayu baru 2023, filem best 2023
Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Disember 2023 |  Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang senarai filem melayu yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan Disember 2023. 

Seperti yang korang semua tahu, pada bulan November 2023 kita dihidangkan dengan beberapa filem melayu yang menarik seperti La Luna, War On Terror KL Anarki, Sazali Meor Coco dan juga MagiK


Pada bulan Disember 2023 pula terdapat beberapa filem yang akan ditayangkan dan antaranya adalah The Lord Musang King dan juga Syif Malam. Buat masa sekarang hanya ada tiga filem melayu sahaja. Sekiranya ada penambahan aku akan masukkan ke dalam list ini juga untuk rujukan semua. 

Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Disember 2023

  • Syif Malam

Syif Malam merupakan filem arahan Faris Anuar dan diterbitkan oleh Empire Film Solution Sdn Bhd dan Thinkerbell Studios Sdn Bhd. Filem Syif Malam mengisahkan tentang kejadian mistik di satu bangunan yang dialami oleh pekerja yang bekerja sehingga lewat malam.


Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 7 Disember 2023 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem La Luna boleh ke youtube channel Empirefilm Solutions. 

  • The Lord Musang King

Filem arahan arahan Lee Moon Ho ini diterajui oleh Yusuf Bahrin dan terdapat beberapa pelakon korea selatan juga dalam filem ini kerana ianya adalah filem kolaborasi antara Malaysia dan juga Korea Selatan.  


Filem The Lord Musang King akan mula ditayangkan di pawagam pada 21 Disember 2023. Buat korang yang nak menonton trailer filem The Lord Musang King boleh ke youtube channel MetrowealthPictures. 

  • Syaitan Munafik

Satu lagi filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Disember 2023 adalah Syaitan Munafik. Filem arahan Allahyarham Majed Salleh ini dilakonkan oleh beberapa orang pelakon termasuklah juga Allahyarham Ashraf Sinclair.


Filem Syaitan Munafik akan mula ditayangkan di pawagam bermula 21 Disember 2023. Buat korang nak tengok trailer filem ini boleh ke youtube channel United Nine Creative.

  • Sayu Yang Syukur

Filem arahan Dato Aaron Aziz ini dilakonkan oleh Arja Lee, Nora Danish, Dato Aaron sendiri dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tentang konflik percintaan antara tiga watak yang dikenali dengan nama Liana, Jefri dan Qudaim.


Filem Sayu Yang Syukur akan mula ditayangkan di pawagam pada 28 Disember 2023. Buat korang yang nak menonton trailer filem Mat Kola boleh ke youtube channel Empirefilm Solutions. 
No.Tajuk FilemGenreBahasaTayangan
1
Syif Malam
Seram KomediMelayu 07 Disember 2023
2The Lord Musang King-Melayu21 Disember 2023
3Syaitan MunafikSeramMelayu21 Disember 2023
4
Sayu Yang Syukur
DramaMelayu28 Disember 2023
5
-
---
*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi, ianya berkemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut tayangan rasmi panggung wayang di Malaysia.

Berikut adalah antara filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Disember 2023. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua terutama sekali buat peminat dan penyokong filem melayu kita. 
LihatTutupKomentar