Culik Kawan Sendiri Sebab Duit? Nak Tahu Macam Mana? Tonton The Deal Sekarang!

Sinopsis drama The Deal, Review drama korea The Deal, Drama korea baru oktober 2023, Drama korea best 2023,
Culik Kawan Sendiri Sebab Duit? Nak Tahu Macam Mana? Tonton The Deal Sekarang! | Anyeong Yeorubonnnn! As usual! untuk segmen Kdrama Fever episod 3 ini aku nak share pasal drama korea baru yang akan ditayangkan bulan oktober 2023 iaitu The Deal

Drama ini diadaptasi dari Webtoon! Kalau cerita dari webtoon ini selalunya best. betul tak? Contohnya macam True Beauty, The Uncanny Counter dan lain lain. 

Poster Drama Korea Baru The Deal

Untuk pengetahuan korang, drama The Deal ini mengisahkan tentang kes penculikan kawan sendiri disebabkan oleh dorang memerlukan duit! Macam takleh nak brain kan tapi tuhlah bila duit menguasai kepala otak, kau sanggup buat apa jer. 

Sebelum aku share dengan lebih lanjut. Korang perlu tahu 3 watak utama dalam drama ini iaitu Lee Joon Sung, Song Jae Hyo dan Park Min Woo.

Drama ini bermula apabila Lee Joon Sung yang dibawakan oleh Yoo Seung Ho mengambil keputusan untuk menculik kawannya sendiri Park min woo yang dilakonkan oleh Yoo Su Bin. Penculikan tersebut dibantu oleh kawannya Song Jae Hyo lakonan Kim Dong Hwi.

Drama The Deal ada 13 episod semuanya!Kiranya panjang jugaklah kan. Aku curious apa yang akan jadi dengan Park Min Woo tuh. Kalau jalan cerita dia just culik pastuh nak duit jer mesti tak berapa nak syok sangat kan for sure ada plot twist nih! Aku cuba cari webtoon dia tapi tak jumpa. kalau tak boleh baca dulu sikit2 haha.

Drama korea The Deal akan ditayangkan menerusi laman sesawang Wavve bermula 6 Oktober . Untuk kita yang dekat Malaysia nih masih belum tahu lagi boleh dekat nama. Harapnya nanti bolehlah tengok jugak drama nih kan.

LihatTutupKomentar