Lirik Lagu Pejam - Khai Bahar, Adira Suhaimi

Lirik lagu Pejam Khai Bahar Adira Suhaimi, Lirik lagu baru Khai Bahar, lagu baru Khai, Lagu baru best 2023, lagu best 2023, lagu melayu baru 2023
Lirik Lagu Pejam - Khai Bahar, Adira Suhaimi | Untuk segmen Lirik Lagu kali ini aku nak kongsikan dengan korang lagu terbaru dari Khai Bahar yang bertajuk Pejam. Kali ini Khai Bahar tidak berseorangan kerana lagu ini ada rakan duet wanita. Pasangan yang menyanyikan lagu Pejam dengan Khai Bahar adalah Adira Suhaimi. 

Untuk pengetahuan korang semua, komposer lagu Pejam adalah Shazee Ishak dan Audi Mok. Begitu juga dengan lirik, ianya ditulis oleh mereka berdua. Lagu ini dikeluarkan di Spotify pada 22 September 2023. Pada hari yang sama juga mereka memuatnaik Official Music Video lagu Pejam di youtube channel Nova Music Videos. 

Poster Lagu Pejam Khai Bahar Adira Suhaimi

Lirik Lagu Pejam - Khai Bahar, Adira Suhaimi

Ku Lihat Dia Disisi
Tenang Dibuai Mimpi
Tiba Tiba Ku Terfikir

Tahukah Dia Betapa
Ku Sanjung Dan Ku Cinta
Jika Subuh Tak Memanggil

Pernahku
Pernahku Hilang Yang Tersayang
Harapku
Harapku Mereka Tahu

Andainya Esok Aku Tiada
Mungkinkah Cinta Berakhir Saat Ku Pejam Mata
Andainya Ini Detik Terakhir
Tahukah Dia Ku Cinta 
Disaat Ku Pejam

Ku Tak Penat Mengulangi
Dia Yang Ku Kasihi
Kerna Ku Dia Sempurna

Tak Ingin Aku Menyesal
Sekiranya Ku Pergi
Hilang Pula Rasa Cinta

Pernahku
Pernahku Hilang Yang Tersayang
Harapku
Harapku Mereka Tahu

Andainya Esok Aku Tiada
Mungkinkah Cinta Berakhir Saat Ku Pejam Mata
Andainya Ini Detik Terakhir
Tahukah Dia Ku Cinta 
Disaat Ku Pejam

Harus Dia Hadapi Hidup Tanpaku, Tanpaku
Mampu Dia Tahan Dengan Cinta Lalu
Jika Tiada Lagi Esok
Mampukah Dia Terima

Mungkinkah Cinta Berakhir Saat Ku Pejam Mata
Andainya Ini Detik Terakhir
Tahukah Dia Ku Cinta 
Disaat Ku Pejam

Andainya
Andainya
Andainya
Andainya Ini Detik Terakhir
Tahukah Dia Ku Cinta 
Disaat Ku Pejam
Love lagu nih okay! Aku harap lagu ini akan diterima ramai orang pastuh kalau dapat masuk AJL pun best. Lagu lagu macam nih sesuai untuk jadi OST drama melayu pukul 7 petang tuh haha. Akhirnya terubatlah juga rindu nak dengar Adira Suhaimi nyanyi berduet dengan penyanyi yang best. 

Sebelum nih kalau sebut Adira jer mesti teringat Hafiz Suip kan. Sekarang dah berduet dengan Khai harap harap ada lagi lagu baru duet dorang in future.

LihatTutupKomentar