Lirik Lagu Helah - Puteri Khareeza

Lirik lagu Helah Puteri Khareeza, lagu baru Puteri Khareeza, Lagu baru best 2023, lagu best 2023, lagu melayu baru 2023
Lirik Lagu Helah - Puteri Khareeza | Untuk segmen Lirik Lagu kali ini aku nak kongsikan dengan korang lagu terbaru dari Puteri Khareeza yang bertajuk Helah. Aku rasa ini adalah lagu pertama Puteri Khareeza selepas Big Stage. Sebelum Big Stage, lagu dari dia yang pernah aku dengar adalah Duka Sebalik Tawa sebab lagu tuh OST untuk drama Melur Untuk Firdaus. 

Untuk pengetahuan korang semua, komposer dan lirik untuk lagu Helah adalah Iqie Hugh dan Shazriq Azeman. Lagu Helah dikeluarkan di Spotify pada 22 September 2023 dan buat masa sekarang masih belum ada lagi Official Music Video tapi kalau korang nak nyanyi sama sama boleh tengok lirik dekat bawah.

Poster Lagu Helah Puteri Khareeza

Lirik Lagu Helah - Puteri Khareeza

Ku Berpijak Dalam Hidup Tanpa Cara
Antara Kelam Dan Cahaya
Ku Dibawa Arus Bayangan Yang Lama
Luka Yang Dalam Jadi Dendam

Kan Ku Hembuskan 
Bisikan Halus Bagaikan 
Suara Tangisan Yang Merana
Aku Disentuh Helah Sumpahan Cintamu

Madahmu Menyesatkanku 
Hingga Dihujung Aku Terjatuh 
Tersungkur Jauh Dalammu
Terjerat Jiwa Belenggu
Kisah Yang Lalu

Ku Terlepas Dari Jerat Yang Menewas
Antara Cinta Dan Nestapa

Kan Ku Hembuskan 
Bisikan Halus Bagaikan 
Suara Tangisan Yang Merana
Aku Disentuh Helah Sumpahan Cintamu

Madahmu Menyesatkanku 
Hingga Dihujung Aku Terjatuh 
Tersungkur Jauh Dalammu
Terjerat Jiwa Belenggu
Kisah Yang Lalu

Menjadikanku Diri Yang Baru
Dalam Waktu Tersudah Yang Lalu
Kini Hidup Baru
Tinggalkan Kisah Tersiksa
Kisah Duka Dan Lara

Aku Disentuh Helah Sumpahan Cintamu
Madahmu Menyesatkanku 
Hingga Dihujung Aku Terjatuh 
Tersungkur Jauh Dalammu
Terjerat Jiwa Belenggu
Kisah Yang Lalu
Best jugak lagu Helah nih korang. Lagu nih pun boleh dijadikan sebagai OST drama macam lagu Duka Sebalik Tawa tuh kan. Another penyanyi yang berbakat perlu kita support! Aku harap lagu Helah ini pun akan success macam lagu Duka Sebalik Tawa sebab aku rasa dalam lagu Helah nih suara Puteri Khareeza lebih mantap dan lagu pun lebih sedap hehe.
LihatTutupKomentar