Ticker

6/recent/ticker-posts

Lirik Lagu Lafaz - Syafeek Ikhwan OST Drama Bukan Lelaki Terhebat

Drama Bukan Lelaki Terhebat akan ditayangkan tak lama lagi korang tapi untuk kali nih aku bukan nak cakap pasal drama tapi nak share tentang lagu tema untuk drama tersebut which is Lafaz nyanyian Syafeek Ikhwan. Sejujurnya aku tak tahu siapa Syafeek Ikhwan tapi bila dengar lagu OST untuk drama Bukan Lelaki Terhebat nih sedap jadi kita share la ya hehe. 

Untuk pengetahuan semua, Komposer dan penulis lirik untuk lagu Lafaz nyanyian Syafeek Ikhwan adalah Mel Ramlan dan Jipie. Kalau korang nak tengok official lyric video untuk lagu lafaz boleh ke youtube channel Alternate Records & Talents.

Lagu Lafaz nyanyian Syafeek Ikhwan Ost drama Bukan Lelaki Terhebat

Lirik Lagu Lafaz - Syafeek Ikhwan OST Drama Bukan Lelaki Terhebat

Ku Bermimpi Berdamping Denganmu
Dalam Igaun Lafaz Kasihmu
Tanpa Ku Sedar Telah Mengabaikanmu
Biar Aku Pulihkan Semula
Ohh ohhh..

Ku Akan Menjagamu Sampai Mati
Ku Tahu Engkau Tahu Itu Pasti Menagih Cintamu
Dibiarkan Jiwaku Rindu Saat Bersamamu

Cinta Kau Beri 
Terlalu Sempurna
Takkan Terganti
Kau Seindah Syurga
Air Mata Bahagia
Hingga Dihujung Senja
Mengharap Kepulangan Bermakna Kembali

Ku Akan Menjagamu Sampai Mati
Ku Tahu Engkau Tahu Itu Pasti Menagih Cintamu
Dibiar Sendiri

Ku Tahu Kau Terluka
Kasih Kita Tak Sempurna 
Tanpa Cintamu Dingin Membeku
Beri Satu Peluang 

Ku Akan Menjagamu Sampai Mati
Ku Tahu Engkau Tahu Itu Pasti Menagih Cintamu
Dibiar Sendiri

Ku Akan Menunggumu Sampai Nanti
Dirimu Hanya Aku Yang Dihati Menagih Cintamu 
Dibiarkan Jiwaku Rindu Saat Bersamamu

Bagi aku lagu lafaz nyanyian Syafeek Ikhwan nih sedap didengar dan senang untuk dinyanyikan bersama hehe. Lagu macam nih orang kata memang stock2 OST drama. Dalam erti kata lain sesuai untuk dramalah. Biasanya lagu ost nih first time dengar biasa biasa jer tapi bila dah start layan drama pastuh layan lagu mesti vibes dia lain. Apa pun nanti jangan lupa tengok drama baru Bukan Lelaki Terhebat di Slot Samarinda mulai 26 Januari 2023.

Post a Comment

0 Comments