Lirik Lagu Sentuhan - Kael (OST Drama Sentuhan Najwa)

lagu ost drama sentuhan najwa, lirik lagu sentuhan ost drama sentuhan najwa, penyanyi ost sentuhan najwa, lirik lagu kael sentuhan, lagu baru
Jujur aku cakap yang aku memang tak kenal siapa Kael ini tapi memandangkan dia nyanyi lagu OST drama baru TV3 bertajuk Sentuhan Najwa aku rasa nak share dengan korang semua sebab drama Sentuhan Najwa nih nampak menarik. Lagu pun boleh tahan sedap jugaklah hehe. 

Lagu Sentuhan nyanyian Kael ini dimuatnaik menerusi youtube channel Alternate Records & Talents. Komposer untuk lagu sentuhan ini adalah Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan juga John Jeeves. Lirik juga ditulis oleh mereka bertiga. 

Sentuhan Kael

Lirik Lagu Sentuhan - Kael (OST Drama Sentuhan Najwa)

Di Malam Penuh Sepi
Berteman Sendiri
Tiada Pun Yang Peduli 
Dan Dimana Pun Berada
Tak Di Hirau Mata
Bagai Bayang Yang Hilang Melayang

Mengapa Harus Aku
Ditimpa MeranaTerpaksa 
Lalu Semua Duka

Sentuhan Cintamu Ketika Ku Jatuh
Memberikan Ku Harapan
Di Akhir Perjalanan

Sentuhan Sembilu Ketika Ku Rindu
Melepaskan Kesedihan
Agar Mampu Bertahan
Jauh Sentuhan Kamu

Kau Hadir Bawa Tanda
Mengukuhkan Makna
Bahwa Cinta Adalah Penawar

Mengapa Harus Aku
Ditimpa Merana Terpaksa 
Lalu Semua Duka

Sentuhan Cintamu Ketika Ku Jatuh
Memberikan Ku Harapan
Di Akhir Perjalanan

Sentuhan Sembilu Ketika Ku Rindu
Melepaskan Kesedihan
Agar Mampu Bertahan
Jauh Sentuhan 

Tagih Kasih Dan Sayang
Raih Cinta Terhalang
Tuhan Berikan Aku Kekuatan
Agar Dapat Berpaut Pada

Sentuhan Cintamu Ketika Ku Jatuh
Memberikan Ku Harapan
Di Akhir Perjalanan

Sentuhan Sembilu Ketika Ku Rindu
Melepaskan Kesedihan
Agar Mampu Bertahan
Jauh Sentuhan Kamu

Aku tak tahulah apa pendapat korang pasal lagu nih tapi untuk aku, aku rasa macam 50/50! Ada part yang aku rasa sedap ada part yang aku tak berasa suka sangat. Apa pun nanti kita tengok macam mana sebab biasanya kalau ost kita akan rasa lebih sedap bila tengok sekali drama baru feel tuh datang haha. Apa pun kalau korang enjoy sepenuhnya selamat menyanyi ya hehe.
LihatTutupKomentar