Ticker

6/recent/ticker-posts

Essential Oil Young Living Yang Aku selalu Guna!

Essential Oil Young Living Yang Aku selalu Guna! | Rasanya korang pun dah familiar dengan produk Young Living nih kan. Dekat mana mana pun kita boleh nampak especially dekat Tiktok dan Instagram sampai aku pun terjebak sama gunakan Young Living. 

Sebelum ini aku ada beli Premium Starter Kit (PSK) yang didatangkan dengan Dessert Mist Diffuser. Dalam Set nih ada 13 Essential Oils yang kita boleh guna. Banyak sangat sampai tak sempat nak guna semua lagi. Jadi, Untuk entry kali nih aku just nak share essential oil apa yang aku selalu guna. 

*Premium Starter Kit (PSK) sudah pun dimansuhkan dan didatangkan dengan Premium Experience Kit (PreMex).

Pengalaman Guna Young Living

Pengalaman Guna Young Living

Setiap essential oils Young Living ada kelebihan masing masing. Korang boleh gunakan mengikut keperluan dan keadaan. Essential Oils yang selalu aku guna buat masa sekarang ini adalah Lavendar, Lemon dan Peppermint

Lavendar Essential Oil Young Living

aku selalu guna waktu malam masa nak tidur sebab salah satu kelebihan essential oil nih adalah untuk bantu kita tidur. Kalau nak cakap lepas kau diffuse terus akan tido lena tuh tidaklah tapi dia tolong bagi kita rasa calm and dari situlah dia akan buat aku rasa nak tidur. Itu pendapat aku yang dah gunalah. Orang lain aku tak tahu. 

Pengalaman Guna Young Living

Lemon Essential Oil Young Living

In general, Aku memang suka bau lemon! Kalau ada produk yang menggunakan lemon for sure dia akan attract aku sebab bau dia yang best. Jadi, bila Young Living keluarkan lemon essential oil  aku terus guna sebab bagi aku bila guna essential oil nih dia membuatkan bau dalam bilik lebih fresh dan menghilang bau bau yang tak best hehe.

Pengalaman guna Young Living

Peppermint Essential Oil Young Living

Peppermint nih pulak aku guna time aku nak buat kerja. Kadang kadang bila kita nak start buat kerja mesti akan ada rasa malas and lemau kan. Jadi, aku diffuse jer Peppermint essential oil untuk bantu aku fokus bila buat kerja. Based on my experience sendiri, bila inhale bau peppermint nih dia akan buat aku rasa fresh.

Pengalaman guna Young Living

Buat masa sekarang, ini adalah essential oils yang aku selalu guna. Bila datang mood nak ber-essential oil memang yang nih je selalu terlintas dalam kepala aku. Next time, kalau aku ada gunakan yang lain aku kongsikan dengan korang lagi ok. 

Post a Comment

0 Comments