Drama Takdir Yang Tertulis Buat Aku Panas Hati | SPOILER ALERT EP1 hingga EP4

Drama Takdir Yang Tertulis Buat Aku Panas Hati | SPOILER ALERT EP1 hingga EP4, Tonton episod 1 hingga akhir Takdir Yang Tertulis, Episod penuh TYT
Drama Takdir Yang Tertulis Buat Aku Panas Hati  | SPOILER ALERT! | Hai warganet sekalian, Pada malam yang hening ini aku nak membawang pasal drama Takdir Yang Tertulis atau singkatan dia TYT. Ini bukan minyak TYT tuh tau! Jangan salah faham hehe.

Sebelum membebel dengan lebih panjang. Aku nak bagitau dalam entry kali penuh dengan spoiler jadi kalau nak baca tuh atas kehendak sendiri ya bukan salah aku. Manalah tahu nanti yang tak tengok lagi drama TYT nih dok salahkan aku bagi spoiler pulak.

Aku nih memang malas nak layan drama yang tengah on going melainkan kalau drama tuh best. Untuk drama Takdir Yang Tertulis ini aku tengok dekat WeTV jer tuh pun selepas dah keluar 7 episod. Orang lain dah kecoh dekat social media tapi aku baru nak tengok nih ah.

Drama best TV3 Drama Takdir Yang Tertulis

Sekarang aku dah tengok sampai episod 4 jadi aku nak kongsi kongsi la apa yang aku rasa. 

First of all, salah satu sebab kenapa aku nak tengok adalah Nad Zainal! Lakonan dia memang mantop tak kiralah drama apa yang korang tengok mesti perform punyalah. 

Awal awal tengok, aku pelik kenapa semua orang kesian dengan juwita sedangkan perangai dia agak hanat jugaklah sampai aku rasa memang patut pun kau kena cerai dengan laki kau. Sikit sikit aku CEO yada yada yada. Rasa nak hempuk dengan lesung batu.

Tapi bila dah terbongkar yang si Azlan tuh rupanya dah berkahwin dengan perempuan lain, aku terus rasa kesian dengan Juwita. Tapi yang aku tak puas hati kau kahwin dengan siapa azlan oi? Macam manalah kau boleh suka dengan budak sekolah si Ruzita yang biol tuh? (Mati mati aku ingat Ruzita tuh wife Azlan).

Masa nih belum tahu lagi yang Ruzita tuh adik Ruhila. Masa si Azlan datang office buat pengumuman pasal Syarikat tuh dia punya and COO pulak jatuh kat second wife dia Ruhila aku macam ah Ba Alif Ba Ya la si Azlan nih. 


Barulah terbongkar yang wife kedua si Azlan adalah Ruhila. Dia punya plot twist pun terciduk kejap aku. Yang paling over mak Ruhila tuh la. Nak kan harta orang sampai macam tuh sekali. Si Azlan pulak ikut jer kononnya sebab cinta mati dengan Ruhila. 

Ruhila pun satu hal, awal awal even lepas dah tahu dia kahwin dengan Azlan, Aku masih boleh terima lagi mungkin sebab tersepit dicelah pintu kena ikut cakap mak tapi lepas dapat tahu yang mika tuh rupa rupanya anak Azlan dengan Azlan aku jadi pening kejap. How? 

Sampai sini jelah aku tengok tadi.

Selebihnya nanti aku belum tengok lagi. Mungkin kejap lagi aku akan sambung pastuh share lagi dengan korang. Panas tau hati bila dengan drama ini tapi best sebab lakonan Nad Zainal sebagai Juwita Memang A+! Yang lain ok jugak tapi highlight dia of course la Juwita. 
LihatTutupKomentar