A fresh start! Selamat datang ke blog arepnakbebel 2.0

blog arepnakbebel, blog baru, welcome to my blog
Untuk korang yang tak tahu, blog arepnakbebel ini sebenarnya dah lama wujud. Kalau tak silap aku dari tahun 2009/10 lagi tapi disebabkan oleh kebodohan diri sendiri aku buat keputusan untuk gantikan url blog ini dengan nama lain yang kononnya lebih menarik dan profesional.

Semuanya berjalan dengan lancar masa tuh tapi selepas beberapa bulan aku tukar url, views blog aku semakin teruk. Sebelum aku tukar url dalam satu hari blog ini boleh dapat at least 100K/sebulan tapi selepas aku tukar, views turun macam air terjun. 

Since then, aku dah mula rasa give up untuk berblogging tapi disebabkan minat aku tetap teruskan jugak. Takpalah benda dah jadi pon nak buat macam mana kan. So, aku teruskan berblogging dengan menggunakan url blog yang baru tuh dan biarkan blog arepnakbebel ini terkubur macam tuh jer.

Nak dijadikan cerita, selepas setahun blog arepnakbebel hilang dari radar aku baru sedar kalau aku biarkan nama blog ini macam tuh jer dia akan expired dan orang lain mungkin akan gunakan nama blog ini in future. So, Aku decide untuk teruskan bayar domain arepnakbebel supaya kekal jadi hak milik aku. Bayaran domain untuk setahun tak adalah mahal sangat tapi rasa rugi pulak kalau bayar every year tapi tak manfaatkan. So, Aku decide untuk hidupkan balik blog ini and here it is blog arepnakbebel 2.0!


Sebelum entry ini di "publish" kepada umum, aku ada kongsikan beberapa artikel untuk tengok progress dan alhamdulillah walaupon dah lama terkubur masih ada lagi pembaca yang singgah blog ini. Thank you so much for those yang dah lama support dan untuk korang yang pertama kali datang sini "welcome to the family".

LihatTutupKomentar