Dah masuk 2019! Apa wish list korang untuk tahun ini?

wish list 2019, wish list tahun baru, selamat tahun baru, Canon G7x Mark II, lesen kereta,
Dah masuk 2019! Apa wish list korang untuk tahun ini? | Kita baru sahaja memasuki tahun 2019 beberapa hari yang lalu jadi aku nak kongsikan dengan korang semua wishlist aku untuk tahun 2019. Tak banyak wishlist aku untuk kali ini sebab kalau ada banyak pun belum tentu boleh dipenuhi dengan jayanya. betul tak? haha. 

Kamera ( Canon G7X Mark ii)

Wishlist aku yang pertama adalah kamera. Since dari awal awal start blogging lagi aku nak dapatkan kamera yang bagus untuk ambil gambar yang berkualiti dan cantik tapi sampai sekarang pun belum tercapai lagi. Lagi pun sebelum ini aktiviti blogging aku berkurangan disebabkan oleh kerja tetap jadi aku pun lupakan dulu hasrat untuk beli kamera. 

credit photo : www.thegadgetflow.com
Selepas berhenti dari kerja tetap, aku banyak luangkan masa dengan Youtube dan menonton youtuber/Vlogger mereview satu kamera yang agak popular dikalangan mereka iaitu Canon G7X Mark ii. Selepas menonton review yang positif dari mereka, aku mendapati kamera ini sangat sesuai untuk digunakan untuk mengambil gambar dan video dengan kualiti yang bagus. 

Lesen Kereta

Wishlist yang kedua pula adalah Lesen Kereta. Yup! Dah berumur macam aku ini pun belum ada lesen kereta lagi. Sepanjang duduk dekat KL memang tak fikir langsung pasal lesen kereta sebab setiap masa memang guna LRT, MRT, KTM, bas dan grab jer. Selepas berhenti kerja ini masa terluang memang banyak, jadi aku fikir baik gunakan peluang ini untuk dapatkan lesen kereta. Kalau ikutkan memang malas dan takut nak ambil lesen tapi bila tak ada lesen ini susah nak bergerak kemana mana especially bila dekat kampung macam sekarang.

Buat masa ini aku ada dua wishlist sahaja. Macam yang aku cakap awal awal tadi, tak banyak pun  wishlist aku untuk kali. Kalau dapat tunaikan dua wishlist ini sebelum habis tahun 2019 aku dah bersyukur sangat sangat. Macam mana pulak dengan korang semua? Apa wishlist untuk tahun ini? Kongsikan dengan pembaca blog arepnakbebel.com diruangan komen dibawah ya. 
LihatTutupKomentar